Friday, 27 May 2011

Selera Baru!

Hai! Nice to meet you! Kau wangi? Kalau busuk sila jauh-jauh~aha! Sekian untuk pembuka selera. Hah sudah. Biar aku berterus benderang. Ini bukan entry fasal makanan yang enak beraroma melazatkan ya. Tak ada kaitan pun dengan gambar di atas. Jangan keciwa.

Sebenarnya aku telah terjumpa sesuatu yang hebat dimata aku! Beberapa hari yang lepas, aku telah terjumpa sehelai gambar di laman sosial facebook. Aku pun terkebil-kebil. Macam menarik aje item dalam gambar tu. Dan gambar itu pula di tag kepada rakan aku yang menjadi rakan kepadanya. Aku tak kenal rakan si rakan aku ni tapi aku pun sebagai rakan kepada rakan aku teringin mahu menyinggah page rakan kepada rakan aku tadi. Haha berbelit-belut otak kau! Ok ambil masa kau untuk faham kata-kata aku tadi. Haha jangan sampai salah faham sudah. 

Ok sambung cerita. Lepas itu kau tahu apa aku jumpa? Pakaian beb! Pakaian...baik punya design! Memang terkena terus dengan selera aku yang berjiwa muda ni haha! So apa lagi. Takkan tengok satu gambar aje. Aku pun dok korek-korek, lompat-lompat dari satu gambar ke dua tiga empat lapan gambar yang lain. Ohh sangat mengujakan! Terganggu senget iman aku untuk menyumbang wang kepada si tuan punya page. Aku macam berminat dengan beberapa pasang. Tapi setelah ditokok tolak melangit jauh-jauh, maka tinggallah dua pasang yang berjaya terpaut di hati manja aku ni. Dalam hati aku cakap, nanti bila gaji keluar aku nak beli. Itu pun kalau gaji aku tinggilah bulan ni. Ek? 

So untuk menghargai masa yang mencurah di atas kepala lutut aku ni, aku pun usha tuan punya page. Untuk mendapatkan kepastian berkaitan baju dan proses pembelian. Tada! Simple! Mudah membeli belah secara online ni. Dulu aku pernah beli sekali. Gelang untuk kekasih aku. Kini giliran aku pula untuk merasa enaknya membeli-beli di dalam dunia maya. 

Ok itu sahaja. Nak tengok apa yang aku berminat sangat sampai buat post dalam belog ni? ha tunggu barang tu aku dapat ya. Nanti kau tengok la puas-puas sampai termuntah! Kau nak copy paste buat desktop background pun takpa. Adiyous!




Stick.Note: Aku gaji esok. Doakan angka yang menarik...ek? da macam no ekor =p



(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday, 16 May 2011

Tutorial Gerakkan Title Bar

Salam.


Entri kali ini adalah berkaitan dengan tajuk entri di atas. Aku saja nak kongsi. Bosan pulak tak dapat tidur dah malam-malam buta ni. Bagi yang masih tak tahu. Apa sebenarnya gerakkan title bar tu? Nak gerakkan buat apa? Perlukah? Haaa! Baik biar aku terangkan. Title bar yang dimaksudkan adalah tab bar blog kau. Contoh seperti gambar dibawah nilah.
Ok. Kan aku cakap pasal nak gerak tadikan. Yang nak digerakkan tu adalah huruf-huruf yang ada dalam tab bar ni. So kalau ko rasa perlu ko boleh teruskan membaca entri ni. Kalau tak rasa perlu, kau abaikan sebab tak penting pun. This is just for fun in designing blog.


Cara-cara:

 
1st kau klik Sini

 
Kemudian kau isi perkataan yang kau nak dalam ruang Add title bar messageDah siap klik Add.

 
Di ruang Choose an effect kau pilihlah style yang kau suka. Aku tak kuasa de nak masuk campur. Speed of effect tu pandai-pandailah kau nak ubah. Gunakan kaedah cuba jaya. Apa tak tahu? Eh kau macam tak pernah pulak main tikam-tikam masa jawab soalan ujian kertas objektif dekat sekolah dulu. 


 
Lepas tu kau Generate lah. Copy code yang kat dalam kotak tu dan kau pergi kat blog kau.

 
Pergi Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript. Kau paste code tadi.

 
Save.




Stick.Note: Selamat berjaya! Apa-apa soalan yang kau tak faham boleh tanya. Aku akan cuba jawab kalau aku rasa nak jawab. Haha..just kidding!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday, 2 May 2011

Macam Demam?


Erghh...tekak aku tak rasa selesa. Telan air liur pun rasa pelik. 


Adakah ini tanda-tanda aku akan tidak sihat? Oh! Janganlah begini wahai badan. Tolonglah kembali pulih. Banyak lagi perkara yang perlu kau siapkan! Mahu kata kau kena hujan, beberapa titis sahaja kau harungi. Mahu kata kau salah makan, mungkin juga. Dalam keadaan iklim panas sejuk global dengan tiba-tiba sesetengah kawasan Malaysia ini, kau sudah mencapai limit ya. Emm tak apa. Aku tahu kau kuat! Jadi kau mesti bertabah! 

Entah berapa ribu kuman yang aku telan satu hari. Malam-malam beginilah kau mahu sakit ya badan. Tak apa. Ya akan ku beri kau rehat secukupnya. Lepas ini kau mesti sihat ya! Tak larat dah ni~wuu...wuu... T__T


Stick.Note:  Tahu-tahu sahaja badan ni. Masa public holiday inilah kau nak sakit~adeh!



(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home