Wednesday, 21 November 2012

Review Kelab Pelajar Super

Pagi ini, koleksi novel aku telah bertambah sebuah lagi. Mesti sekarang kau ingat aku 'mat novel' kan? Cis! Kau silap. Aku bukan kaki novel lah. Aku hanya baca novel tertentu. Contohnya seperti novel yang unik atau yang ada unsur kekomikkan. Majoritinya...novel bermodal cinta sahajakan? Rasanya semua orang pun perasan kebiasaan novel melayu ni. Tapi aku bukan maksudkan aku tak baca novel cinta langsung. Aku boleh baca, tak ada hal pun. Tetapi dengan syarat mestilah direkemen dengan sangat bersungguh oleh member rapat yang sudah membaca novel tersebut. Kalau salesman yang rekemen memang aku bypass lah haha!
Tajuk:
Kelab Pelajar Super


Karya:
Nazry Salam

Genre: 
Penyiasatan, Paranormal

Pandangan aku, novel ini sangat menarik. Tiada bab yang membosankan. Setiap bab diisi dengan bijak oleh sang penulis. Ia membuatkan pembaca mampu merasakan dunia penceritaan yang bersahaja dan mendebarkan. Bagi mereka yang ingin merasakan pengalaman penyiasatan peristiwa paranomal, kau boleh cuba layan novel ini. Kalau kau tanya aku novel ini best atau tak, aku boleh bagi perkataan 'best' dan 'puas'.


Cuma ada satu dua ralat susun atur perkataan dan kesalahan gambaran ilustrasi yang mengganggu pembacaan. Mungkin editor dan si pelukis ilustrasi tercuai disebabkan mahu cepat habiskan kerja. Waallahualam. Aha. Apa-apa pun, aku boleh akui, keseluruhannya novel ini masih menarik. 


Stick.Note:  Rate? Aku bagi  ✦    ✦    ✦ 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Tuesday, 13 November 2012

One Shot Comic : Peace?

Hari ini aku ingin kongsikan sebuah komik one shot yang aku buat pada bulan October lepas. Rasanya bagi sesiapa yang follow update aku di facebook, pasti sudah membaca komik ini. Memandang blog juga adalah sebuah medium yang terbukti mampu menyampai maklumat secara meluas, sekali lagi aku ingin kongsikan dengan lebih terbuka.

Kepada semua penggodam yang baik. Maaflah kerana menggunakan identiti anda sebagai watak komik. Ia cuma seperti sangat hebat dan logik apabila seseorang seperti anda mampu mengawal dunia tanpa pertumpahan darah. Ok. Selamat membaca! 

Translation: Today, i want to share a one shot comic which i made last October. Those who had followed my facebook updates must have been read it. When i think blogging are medium which proven can convey information widely, i wish to share this comic once again. 

To all the white hat anonymous hacker. Sorry i have been using your identity as my comic character randomly. It just looks so cool and logical when persons like you can control this world without bloodshed and violence. Ok! Happy reading!




"There should be no breaking off ties, 
no turning away from one another, no hating one another, and no envying one another. 
Be brothers, as Allah s.w.t has commanded you" - (Muslim)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Stick.Note: Kepada bangsa israel, terutamanya zionis. Saya tahu berpandukan buku suci anda, membunuh manusia selain dari agama anda adalah tidak berdosa. Namun, cuba anda fikir, tidakkah ia peraturan yang tidak masuk akal? Ia seperti watak jahat dalam setiap filem di dunia ini yang akan membunuh sesiapa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Dan ia semakin pelik apabila filem tersebut pernah dibuat dari kalangan anda sendiri. Anda tahu ia salah, anda tahu bagaimana sepatutnya ia diselesaikan, tetapi anda tetap lakukannya.

Translation: To israeli espeacially the zionist. I know, acording to your holy book, killing people other than your religion are not sinful. But, try to think for a while, aren't it ridiculous rules? It's like the evil character in every movie in the world who would kill anyone to achieve their goals. And it's getting more weird when your own people are making those film. It's like you know it's wrong, you know how it should end up, but u still doing it. Wake up!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday, 24 October 2012

Pengisian dan Nilai


Buku adalah suatu objek yang terdiri daripada beberapa helaian kertas dan disatukan sehingga menjadi sebuah lampiran. Ia boleh didapati dimana-mana dan dijual dengan harga yang berbeza. Harganya pula bergantung kepada faktor material kertas, cover, kos ultiliti, dan yang paling penting info yang terdapat di dalamnya. Namun, buku yang mahal tidak semestinya dijaga dengan elok. Buku yang murah tidak semestinya disepahkan. Sesebuah buku akan dijaga manusia bergantung kepada pengisiannya. Hipotesisnya, semakin berkait pengisian sesebuah buku dengan diri pembaca, semakin dijaga sesebuah buku tersebut.

Sebagai contoh. Pernah sekali aku melihat sebuah novel berharga RM20 lebih, disepah-sepahkan di dalam bakul usang. Ianya terkoyak dan ada muka suratnya yang hilang. Ada pun juga aku melihat buku nota 555 yang dijaga rapi. Malah disimpan dengan sangat baik. Al-Qur'an juga boleh dikategorikan sebagai bahan yang murah, tetapi ia disanjung tinggi sehingga menjadi yang paling ternilai di dalam agama Islam. Namun begitu, tidak disangkal memang tidak wujud suatu buku yang sempurna yang boleh disanjung oleh setiap manusia. Pasti ada yang sang penyuka dan pembenci. Ini fakta.

Sekian kata pengantar. 



Di Malaysia...

Komik adalah suatu bahan yang telah dicopkan sebagai bahan humor. Bagi golongan dewasa, mereka lebih percayakan television untuk mendapatkan sumber humor. Mereka percaya cara ini lebih matang. Jadi tidak peliklah jika komik hanya dibeli oleh golongan muda sahaja. Mana tidaknya, television di rumah selalunya dikawal oleh golongan dewasa. Maka golongan muda dan kecil ini seperti dipinggir dan terpaksa mencari bahan lain untuk menghiburkan diri. Contohnya seperti komik. Ianya mampu dibeli oleh golongan muda. Dan fakta ini semakin releven memandangkan orang dewasa yang hampir ke peringkat tua akan mengalami daya penglihatan yang kurang baik. Maka membaca adalah aktiviti yang menyusahkan.

Tapi percaya atau tidak, golongan tua ini sanggup bersusah membaca akhbar setiap hari. Eh? Mereka boleh membaca rupanya! Hahaha! Nampak? Mereka sebenarnya memilih bahan bacaan. Mereka masih mahu membaca buku resepi, akhbar, buku agama, surat dan sebagainya. Golongan ini aku lebelkan sebagai golongan 'matang'. Umumnya fahaman ini akan muncul di dalam diri seseorang bermula umur 19 tahun dan keatas. Saat ini mereka percaya mereka sudah dewasa, maka perlu tinggalkan sifat kebudak-budakkan.

Perkara ini terbukti apabila aku sendiri melihat saudara dan sahabat aku menukar komik kepada novel sebagai bahan bacaan. Emak aku juga baca novel sehingga sekarang. Novel dilebel terus sebagai kematangan. Kenapa? Sebab ia tiada lukisan? Kisah novelnya sama sahaja seperti kisah pembunuhan, aksi, misteri, cinta dan lain-lain. Silapnya adalah kepada persepsi mereka. Mereka TIDAK TAHU yang komik juga ada dibuat terbahagi kepada umur tertentu. Contohnya manga Death Note. Suruhlah kanak-kanak berumur 6-14 tahun baca. Memang mereka tidak faham punya. Malah tidak minat! Tetapi bagi umur 15-30. Manga ini sangat hebat! Begitu juga dengan manga Naruto. Umumnya manga ini dapat diterima oleh kanak-kanak dan dewasa. Tetapi ada berlaku perbezaan fahaman yang terserap. Golongan umur 6-19 umumnya hanya akan menyukai aksi, teknik ninja dan ceritanya yang menarik. Tetapi bagi sesetengah umur 20 dan keatas, mereka lebih mengambil kira nilai-nilai, pengajaran, dan penyelesaian yang boleh dikaitkan dengan peperangan yang berlaku di dunia nyata sekarang. Aku boleh labelkan Yahudi itu sebagai Akatsuki dan kampung-kampung dari unsur berbeza itu adalah umat-umat lain yang berada di dunia. Misi mereka sama, menunggu Isa turun dan mengyahudikan penduduk bumi. Akatsuki pula menunggu teknik Infinite Tsukuyomi diaktifkan, teknik yang mampu mengawal semua manusia di dunia.

Lihat, karya yang dikatakan tidak matang itu menyentuh isu dunia. Anda sendiri boleh fikirkan adakah komik setaraf novel dan filem atau tidak? Oh ya. Jangan terlupa. The Avengers, Batman, Spiderman, Ironman yang golongan matang ini berebut tiket di pawagam sebenarnya datang dari komik juga. Nampak di situ ketidak masuk akalan fahaman persepsi mereka.

Ada pun, ada alasan mereka menyatakan novel lebih releven dan lebih menusuk ke dalam hati pembaca. Membuat seseorang pembaca gembira dan marah menggunakan media penulisan dan komik adalah sesuatu yang mudah. Membuat pembaca menangis menggunakan media penulisan juga sesuatu yang boleh dikira tiada masalah. Tetapi tidak bagi komik. Jika kita menangis kerana komik, kita akan diejek setaraf ejekkan menangis menonton filem Hindustan. Double standard di situ. Jadi, hanya karya yang cantik disusuli cerita yang cantik mampu membuat pembaca menitiskan air mata tanpa dikutuk. Aku tahu ia memang susah tetapi ada manga yang sudah berjaya lakukan.

Maka, apa yang aku boleh katakan. Tahap tertinggi subuah komik adalah yang mampu membuat pembaca terkesan, kagum, menangis dan dalam masa yang sama memberikan pengajaran yang besar. Kepada penggiat komik. Sasarkanlah kepada golongan dewasa juga. Jika komik yang dibuat disasarkan kepada kanak-kanak sahaja, bila lagi golongan dewasa berminat untuk membeli, bukan?



Stick.Note: Buatlah sesuatu yang besar dan bermakna. Insyaallah. Anda akan merasa suatu perasaan yang berbeza apabila usaha anda itu berjaya.


(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Friday, 5 October 2012

Muslim Artwork!

Semakin aku berfacebook di internet, semakin kerap aku singgah di Google. Disinilah bermulanya bila aku mula tersesat kesana-sini hingga termasuk youtube, blog, manga page, hotmail, dan wikipedia. Aku tertarik dengan satu image ini. Sampai aku rasa inilah artwork yang paling cantik aku lihat dalam tahun ini. No.1!!! :)

Sumber: Pakcik Wiki

Stick.Note: Kalaulah semua ni bersatu...

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Tuesday, 2 October 2012

Review Misi 10A Plus

Jeng! Jeng! Jeng! Maka tibalah giliran komik Best Seller ini untuk direview oleh aku. Lengkap sudah koleksi buku Misi setakat ni. Lepas ni tunggu buku terakhir iaitu MISI 10A Finale pula. FYI, aku mengambil masa yang agak lama untuk mencari benda alah ni. Kebanyakkan kedai buku tidak mendapatkan stok komik ni untuk bookstore mereka. Yang ni pun aku dapat las kopek. Tinggal satu je beb! Aku sebat la apa lagi...XD
Karya: Afiq & Nazry
Secara nyatanya aku boleh katakan komik kali ni agak lari dari tajuk. Tajuknya terpampang Misi 10A Plus, tetapi agak kurang cerita yang boleh dikaitkan dengan tajuk kerana kali ini mereka lebih menceritakan berkenaan kelab dan pertandingan. Ahaha...XD

Walau apa pun, sesiapa yang ingin berjaya dengan ber'gaya' dalam SPM, kau boleh menyuntik semangat menggunakan komik ini. Kau tidak semestinya perlu kumpul A sahaja. Sijil dan aktiviti kokurikulum kau juga kena cargas! Ini untuk memastikan majikan kau pada masa akan datang menganggap kau seorang yang aktif. Keseluruhannya, komik ini menarik!

Berkenaan syariah, lulus. Flow panel dan belon dialog, teratur. Lukisan kemas. Kaver, agak kureng bagi aku. Jalan cerita, okey. Cuma ada beberapa scene lawak yang tidak menjadi. Dan ada yang beberapa itu tidak perlu ada pun lagi okey. Berkenaan perspektif camera view, aku rasa agak plain. Sebagusnya untuk scene yang dramatik, camera work perlu dimainkan dengan lebih hyper. Seperti scene kemenangan, persona gadis, kekalahan, kesedihan, kegagahan musuh, dll. Salah satunya waktu scene pertandingan akhir silat. Walaupun serangannya dikatakan kuat, tapi aku tak dapat rasa 'aura'nya tertusuk hingga ke tulang mata aku pun. :p

Ok itu sahaja. Semoga siri Misi terakhir lebih epic! Berusahalahhh!


Stick.Note:  ^__^ Aku bagi  ✦    ✦   ✧     

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday, 1 October 2012

Review Komik Aku, Kau & Ibu

Satu lagi produk Antologi dari Komik-M yang berjaya dibukukan. Kali ini ia berkisarkan genre kasih sayang seorang ibu. First time aku terdengar projek komik ini, aku pun blur nak lukis cerita apa. Jadi, aku tabik kepada mereka-mereka yang berjaya menghasilkan komik untuk siri antologi ini. Terbaik!
Karya : Artis-Artis Komik-M
Setiap kali aku memberi komen, aku akan berdiri sebagai pembaca. Bukan sebagai peminat itu dan ini. Jika ia perkara baik, aku akan memuji. Jika tidak, maka sebaliknya. Aku bukan jenis 'kipas' raja. Adakalanya suatu saat, aku akan ber'suara'.

Baiklah. Berkenaan komik. Antara cerita yang aku suka adalah karya dari Bophairy dan Muhammad Abdullah. Cerita mereka bersahaja dan ada pengisian. Setiap komik ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Maka aku boleh selaraskan rasanya semua cerita ok.

Berkenaan kaver pula, aku suka. Warna dan perspektif ceria. Sekali pandang karakter lelaki berbaju biru itu seperti lelaki miang. Tapi ketahuilah. Kebenarannya ada di kaver belakang haha! Lelaki itu sedang curi ambil kuih sebenarnya. Di dalam buku ini juga ada diselitkan disebalik tabir pembikinan kaver. Secara jujurnya, aku lebih senang dengan lakaran Tuan Jimi. Namun, Ben mempunyai tabiat melukis tudung singkat dan baju yang tidak longgar. Mungkin beliau tidak tahu hukum, dan rujukannya mungkin hanya perempuan melayu. Jadi aku boleh terima. Yang aku pelik kaver ini diluluskan, sedangkan ramai muslim beriman yang menguruskan komik ini. Hampir semua komik didalamnya juga membuat masalah yang sama. Aku terkilan dan berfikir sejenak. Apakah jenis dan skop syariah yang mereka juangkan? Selepas beberapa ketika, lalu aku menunduk faham. Ia bukan syariaI islam, tetapi syariah 'melayu'. No offense but it's true.

Teguran ini bertujuan untuk melaraskan setiap ciri-ciri. Maka tidak akan berlaku berat sebelah seperti contoh fahaman Ana Muslim bagus dan Gempakstarz tidak bagus. Mana-mana yang merempuh hukum, aku tetap akan highlight. Sepatutnya setiap muslim pun sudah tahu, segala scene yang ingin digambarkan di dalam sesuatu scene filem/drama/komik wajiblah diauratkan dengan sempurna. Tiada alasan seperti untuk menjiwai watak di dalam rumah dan keadaan bagai yang boleh dijawab di padang mahsyar kelak.

Cukuplah sekadar bayangkan 'Dia' memberi 1001 alasan untuk menghalang anda ke syurga. Itu sahaja.

Stick.Note:  Rate? Aku bagi  ✦    ✧   ✧    

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Sunday, 30 September 2012

Review Komik Super Safee #2

Terlintas sahaja nama pemain bola ini, rasanya hampir semua rakyat Malaysia sudah kenal. Nama beliau tidak asing lagi dalam dunia sukan tempatan. Malah orang yang tidak meminati bola sepak seperti aku juga 'terpaksa' kenal sebab dok jumpa nama dan muka dia di internet dan akhbar. Ok. Ini luahan perasaan murahan. Abaikan. Kita teruskan kepada topik review. T__T 
Karya : Froggy Papa
Baiklah. Bagaimana aku mahu pendapatkan komik ini ya. Beginilah. Aku beri komen sebagai seseorang yang tidak berminat kepada bola sepak. Jadi apa-apa komen aku yang OK dan KO, harap tidak menyuka dan menyedihkan korang. Ok? Cool! ^__^

Pada aku, pertama kali aku melihat komik ni, serius aku memang tidak pandang sebelah mata. Sebab aku memang tak pandang langsung. Malah komik pertamanya juga aku tak beli. Aku terus beli komik kedua. Dan aku beli ni pun sebab aku curious. Mengapa komik ini ramai peminat? Apakah?! Dalam benak aku berkata "Ahh mereka minat bola, memanglah beli". So short story, akhirnya aku pun beli. Sesampai sahaja di rumah, aku cuba selak sekilas beberapa muka surat. "Biasa je. Apa yang bestnya? Hadoi!". Akhirnya aku letak atas meja dan baca komik MISI 10A PLUS dulu. Oh ya. Sebenarnya aku beli 3 komik jumaat lepas. Korang boleh rujuk di SINI.

Esok petangnya. Aku selak lagi. Kali ini aku baca dari depan. Not bad. Aku teruskan membaca. Ok. Ini sudah menarik. Aku teruskan membaca lagi. Wah best pula! Lalu aku baca sampai habis hahahaha! Ok fine! Rasa macam tak sia-sia aku laburkan duit untuk beli komik ni. Ceritanya bukan semata-mata bermain bola. Malah ada kisah kehidupan si Safee. Itu yang aku tertarik dan membuatkan aku senang bila membaca. 

Apa pun, keseluruhan jalan cerita komik ini menarik. Lukisan pun ok. Tapi aku sedikit teringin, jika boleh strokenya seperti cover Super Safee #1. Aku rasa stroke itu menarik dan kukuh. Tapi tidak apalah. Setiap pengkarya ada stroke mereka sendiri. Aku boleh terima. Cuma yang sedihnya Fanart aku tidak dimasukkan. Salah aku juga kerana submit lewat 2 jam dari tarikh tutup. Okbai.


Stick.Note:  Rate? Aku bagi  ✦ ✦ ✦  ✧  

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Sunday, 16 September 2012

Lembah Kartun Malaysia


Ok. Ini entri mengarut. Kau tidak payah berangan Malaysia ini ada lembah kartun. Kalau kau mahu sangat, sila usulkan cadangan kau pada kerajaan yang menguruskan negara ini. Huhu! Baiklah. Siapa mahu ikut aku berimaginasi, bolehlah teruskan membaca. Zass!

Sebagaimana yang kita segelintir tahu di Japan, menghasilkan komik adalah suatu pekerjaan yang diiktiraf. Even universiti di sana juga ada menawarkan kursus berkaitan komik. Sehingga sekarang beratus judul komik, dari pelbagai stroke lukisan dan terdiri dari belasan genre telah dihasilkan. Masing-masing berebut tempat pertama dalam carta manga popular. Amat bersungguh bukan?! Mereka bersaing hingga ke tahap you-loose-you-disappear! Komik mereka terdiri dari pelbagai sasaran. Kanak-kanak, Remaja, Dewasa, Family. Setiap komik yang berjaya menarik perhatian orang ramai, mereka akan animasikan di television. Seterusnya mereka akan hasilkan pelbagai marchandise seperti figura aksi, CD anime, lampu, beg, kasut, pakaian, key chain dll yang wujud dalam komik itu sendiri. Sebab itu industri mereka luas. Marketing mereka meluas dan pelbagai sehingga ramai yang tertarik untuk membeli. Bagi mangaka yang menjadi lagenda, muzium khas juga turut dibina untuk tokoh-tokoh tersebut! Salah satunya seperti tokoh mangaka Osamu Tezuka. Gambar dibawah adalah musium tersebut. 
Boleh klik di SINI untuk lihat website mereka.
Akibahara. Gambar dibawah. Di sinilah terdapat suatu kawasan yang dikhaskan untuk industri komik Japan. Para otaku akan membeli-belah disini dengan bebas. Pengangkutan ke sana sangat mudah. Ini menunjukkan kerajaan mereka memandang tinggi terhadap industri komik. Rakyat mampu memenuhi minat mereka ke sana tanpa segan-silu dengan gembira.
Lihat maju bukan bandar anime mereka?
 Iklan anime terpampang besar sebagai promosi.
Namun kesan negatifnya, golongan otaku ini dipandang serong kerana sifatnya yang tidak matang dan jijik. Mereka tidak pandai bergaya dan betul-betul bersifat kebudakkan walaupun sudah dewasa. Maka golongan ini amat dijauhi oleh wanita jelita yang normal. 

==================================================================

Disinilah imaginasi aku baru mahu bermula. Aku sarankan kita tidak perlu menjadi tahap otaku. Cukuplah sebagai rakyat biasa yang cool dan mempunyai hobi membaca komik dan menonton animasi. Ok? Dengan ini aku cadangkan kerajaan Malaysia menyediakan lembah khas untuk industri komik dan animasi di Malaysia! Tempatnya adalah ditingkat 7 hingga 10 di bangunan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur! Huhu! 
Berjaya Times Square. Antara kawasan strategik dan
mempunyai pengangkutan awam yang mudah.
Kau boleh datang ke sana dan bezakan sendiri 4 tingkat teratas
dengan tingkat yang bawah.  Sangat disia-siakan kawasan tu!
Aku rasa sadis melihat bangunan yang begitu luas dan mempunyai daya tarikan serta dilengkapi kemudahan pengangkutan awam disia-siakan begitu sahaja! Mari kita usulkan kepada kerajaan yang kononnya mampu merealisasikan apa sahaja kepentingan rakyat. Kini saya golongan kartunis bangkit memberikan cadangan! (macamlah Encik Najib PM baca blog aku kahkah! XD)

Di Malaysia, kita tidak perlu ada lembah segala bagai. Cukuplah dengan bangunan yang sudah sedia ada yang disia-siakan tersebut. Penuhkan kedai-kedai yang terbiar dengan kedai berunsurkan karya tempatan dan luar negara. Hiaskan dengan pelbagai lampu yang unik, dan sediakan LCD screen yang besar di tengah-tengah siling teratas untuk mempromosikan kartun, komik dan animasi yang baru dan popular! Galakkan rakyat Malaysia menceburi bidang ini secara menyeluruh sehingga mengiklankan pada pelajar, kakitangan awam/swasta, dan para usahawan yang berminat. Lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai syarikat animasi sendiri. Wujudkan juga pelbagai website dan page di facebook untuk memudahkan segala interaksi dan cadangan dengan masyarakat. Aku percaya. Jika semua penggiat seni bersatu, pasti ramai yang berminat untuk mengunjung tingkat 7-10 yang agak angker tersebut.

Err...pasar seni itu lain cerita. Tempat itu bahaya dan dikelilingi beratus penyeluk saku!


Stick.Note:
Ok. Tamat berimaginasi. Hehe! :P


(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday, 15 September 2012

Hitam Putih Memori Seni


Assalamualaikum. Salam 1 Artisan.

Untuk entri kali ini, aku akan menceritakan pengalaman peribadi sepanjang aku berlari menggapai impian aku sebagai pelukis. Mungkin ia tidak semahal nyawa, tetapi memori inilah yang aku simpan sebagai kunci semangat untuk aku terus tepis segala tembok penghalang. Jika kau rasa akan muntah, tidak berminat, kau boleh padam tab ini sekarang. Sekian. Kepada yang masih duduk bersungguh untuk terus membaca, semoga memori yang aku siram ini memberi 1001 pedoman.

Aku bukan manusia bertuah. Aku bukanlah anak bertuah. Aku tiada bakat istimewa. Aku seorang penakut yang tiada apa-apa. Aku pernah dipulau, dibuli, dimaki. Tetapi sejak aku berpindah dikampung, aku menemui 1 sahabat yang hebat! Aku tidak menyangka ia sudi berkawan dengan aku. Komik. Ya, ia hanya sebuah buku biasa. Namun pemikiran aku tersentak dan merubah segala matlamat hidup aku. Dan di sini, aku berbaring. Memandang kipas yang berputar, memutarkan balik memori sebelum aku berjaya menyusun ayat-ayat ini. 

Dibawah ini adalah memori yang aku pungut semula. Aku susunkannya dalam bentuk point. Semoga memudahkan kau untuk membaca.


  • Aku dilahirkan di dalam keluarga harmoni. Namun, zaman sekolah rendah aku tidak seharmoni di rumah.
  • Semasa Darjah 5. Keluarga aku berpindah ke kampung. Maka, kawan aku juga seperti di reset menjadi kosong semula. 
  • Aku menemui beberapa rakan baru. Mereka baik, tapi bukanlah kawan yang setia.
  • Pada suatu hari. Aku menonton sebuah animasi di TV2 yang betajuk Dragon Ball.
  • Disebabkan tidak sabar untuk tahu cerita seterusnya, aku mula mengumpul komik Dragon Ball. Dari sini jugalah, minat untuk melukis komik aku bermula.
  • 1 benda yang perlu diketahui, bapa aku tidak suka, tidak benarkan dan tidak akan membelikan sebarang benda yang dia anggap membazir. Komik adalah salah satunya. 
  • Masakan komik yang murah itu, kau boleh fikir sendiri sama ada aku mampu ada PS1, Gameboy, atau sebarang mainan lain pada zaman tersebut. Kumpul sticker pun kena rotan.
  • Jadi aku pun sorok semua komik Dragon Ball aku dibawah tilam.
  • Setiap hari, hidup aku tidak tenang.
  • Namun, langit tidak semestinya sentiasa cerah. Tindakan ini dikesan oleh ibu aku. Rahsia aku pecah tembelang.
  • Ibu aku memujuk supaya aku membakar semua koleksi komik aku tadi. Ada 18 jilid semuanya.
  • Aku masih ingat kata-kata amaran ibu: "Kau pergi bakar cepat komik tu semua! Kalau ayah dapat tahu, MATI kau!" 
  • Bagi kanak-kanak berumur 11tahun. Apa yang kau expect aku buat?
  • Aku pernah diteranjang kerana melukis sekejap semasa mengulang kaji pelajaran.
  • Aku pernah dirotan berkali-kali sehingga lebam kerana tidak mahu belajar.
  • Kau tahu kenapa aku tidak mahu belajar? Lepas balik sekolah, aku kena belajar. Waktu malam aku kena belajar. Aku tidak dibenarkan menonton tv. Aku tak dibenarkan beriadah. Aku tidak boleh tidak buat apa-apa (releks).
  • Game? What the hell is that?
  • Aku kena tidur pukul 10 malam.
  • So, in the end. Aku terpaksa bakar komik itu semua.
  • Jilid seterusnya bila aku beli, aku jualkan semula pada kawan aku.
  • Aku tidak boleh simpankan dirumah.
  • Selepas tamat UPSR. Aku melangkah ke Tingkatan 1.
  • Aku tinggal di asrama. 
  • Disini, aku boleh melukis dengan bebas. 
  • Perasaan aku masa itu seperti baru dihidupkan semula.
  • Setiap hari aku berlatih melukis. 
  • Namun, masa itu tidak lama. Aku terpaksa kembali tinggal di rumah sewaktu aku form 2 atas sebab-sebab tertentu. Bermulalah hari-hari aku melukis secara sorok-sorok semula.
  • Sehinggalah form 3. Lukisan aku sudah boleh dianggap ok-ok. Amaturlah kiranya. Ramai kawan-kawan yang menyokong bakat aku. Ada dua tiga orang cikgu jugalah yang akui dan menggalakkan aku meneruskan dalam bidang komik.
  • Aku juga pernah menghantar artwork 10x10 di ruang OK ke KO untuk komik Gempak. Aku dapat C+. 
  • Aku gembira, seakan mendapat galakkan dari pihak luar. Aku cuba menghantar 6 artwork sekali gus pula.
  • Kali ini hanya 2 artwork tersiar. Satu B-. Satu A.
  • Aku berjaya mendapat A kau tahu! Dan yang paling best, isu tersebut aku mendapat "Best of The Best!" - Isu 137
  • Aku tunjukkan pada ibu aku. Dia tersenyum. Aku memberanikan diri tunjuk pada ayah aku. Dia hanya setakat melihat. Dia hanya bertanya, bagaimana aku pandai POS ke syarikat tersebut? Apakah? 
  • Bakat aku, dia hanya pandang sebelah mata.  
  • Berita ini dihebohkan oleh ibu aku kepada kakak saudara, makcik dan pakcik. 
  • Aku segan. Tetapi hati kecil aku sedikit berharap mereka memberi semangat pada aku untuk melukis komik.
  • Mereka semua menyokong. Tetapi bukan menyokong aku melukis komik. Mereka menyuruh aku melukis potret ditepi jalan.
  • Komik? Terus dipandang rendah. Lebih rendah dari lukisan lain. Seperti komik adalah hasil lukisan yang paling rendah dan jijik.
  • Memikirkan ibu aku sahaja yang menyokong. Aku sedih.
  • Sejak dari itu. Aku menyusun matlamat baru. Aku mula serius menghasilkan komik 6 muka untuk Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia.
  • Aku mahu mendapat tempat pertama! Aku mahu mengoyak persepsi mereka. Aku ingin bukakan mata mereka yang bahawa komik adalah sesuatu yang boleh dipandang tinggi.
  • Aku pernah menghantar 3x!
  • Namun hanya pada tahun 2007, baru aku berjaya mendapat tempat kedua. Disebabkan ia bertaraf Kebangsaan. Aku berjaya mengejutkan mereka semua. 
  • Bapa aku juga sudah tidak melarang aku mengumpul komik lagi. Dengan syarat, aku beli dengan duit sendiri. Sampai sekarang, dia masih tidak akan belikan. 
  • Semasa apply universiti. Aku menunjukkan sijil-sijil aku yang terkumpul kepada ayah. Begitu banyak sijil berkaitan seni aku.
  • Entah macam mana. Dia membenarkan aku membuat pilihan sendiri untuk pilih bidang yang aku suka ceburi. Lantas aku menyebut Multimedia. Dia setuju.
  • Namun aku tidak berjaya dalam permohonan. Aku hanya ditawarkan bidang Kejuruteraan Komputer.
  • Setelah bertahun-tahun belajar. Kini aku berpeluang menyatakan hasrat aku untuk menghasilkan komik.
  • Ibubapa aku hanya mampu setuju memandangkan aku sudah dewasa. Tetapi hampir setiap bulan juga mereka menyuruh aku mencari kerja tetap. Sehingga kini, mereka masih tidak menganggap komik adalah pekerjaan yang baik. 
  • Ibu aku menyokong. Cuma dia harap aku hanya buat secara sambilan.


Begitulah perjalanan hidup aku. Aku sangat bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Menjadi pelukis dan freelance designer. Aku bekerja dengan membuat perkara yang aku suka. Malah aku berjaya memiliki sahabat yang paling akrab dan setia. Terima kasih. Komik!

Stick.Note:  Beruntunglah mereka yang dilahirkan oleh ibubapa yang memahami. Sungguh aku iri hati :)

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Sunday, 9 September 2012

Review Komik Adiwira!

Dengan ini dipersilakan! Tuan Adiwira yang akhirnya berjaya muncul dihadapan mata aku.....petang tadi.  Baiklah. Silakan berdiri Tuan Adiwira. Anda kena jadi model sekejap dalam entri ini. Hehe!

Karya: Ash Kun

Sebenarnya aku mahu buat entri Sergah! #2 hari ini. Tapi memandangkan pihak MPH MidValley tu macam banyak koleksi Komik-M. Jadi aku batalkan niat aku. Namun, perkara yang sama masih terjadi. Harapan aku punah setiap kali memburu Komik Misi 10A Plus! Wuwuwuuu T_T. Aku ada ajukan pertanyaan pada bahagian customer service. Jawapan mereka sama seperti POPULAR Bookstore di tempat aku hari tu. 

Mereka masih BELUM ADA komik tersebut!!! 
Apakah? Apakah? Apakah? 

Bandar besar KL pun tak ada! Peh! Sayat betul jawapan sopan mereka. Dush!!! Baiklah. Kita teruskan hal review berkenaan komik Adiwira. Hmmmm! Pandangan aku adalah...jeng jeng jeng! Hehe! Apa pun pendapat aku, ianya tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang baru hidup. Ianya adalah datang dari aku semata-mata. Jadi tak payah kesah. Ok?

Ini review aku. Komik ni best. Heheee... XD


Stick.Note: Bintang? ^_^ Aku bagi  ✦ ✦ ✦  ✧ 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday, 5 September 2012

Jam0000 - 10 Sept

Siap pun lakaran cover untuk pre-release 20 page komik KOMIKA ni! Nantikan colour version pada tarikh release nanti! Ya! Ia akan di upload bersama 20 page tadi dan boleh dibaca secara free oleh peminat ringan dan tegar komik sekalian di page komik kami - KOMIKA. Bertuah tak kau rasa? Bertuahlah sangatttt harr..harr..harr....=.=" 


Baiklah! Namun begitu. 20 page ini bukanlah semudah itu untuk kami upload. Ko hengat sonang-sonang jo ko? Ahaa~ada 1 perkara yang perlu korang lakukan. Senang je! Target kami untuk page ini mestilah mencecah minima sebanyak 300 likes dalam seminggu. 300 sahaja! Tarikh tawaran bermula 3 Sept lepas. Maka tepat jam0000 - 10 Sept, tawaran akan ditutup! Jika target tidak berjaya. Tidak perlulah kami upload cover ini nanti.....hehehe :p 


BAGAI<(^_^)>MANA?



Stick.Note: Ayuh! Like dan share! -  KOMIKA

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday, 3 September 2012

Komika The Comic

Dengan bersejarahnya..
...semalam tercatatlah tarikh rasmi pembukaan page komik kami! 
=========================================================
=================== Hoooooo \(^_^)/ ooray!! =================== 

Eh? Dah ada ke komik ni? Bila pulak ni terbit? Ehehe.....belum terbit pun. Cuma aku dapat jangkakan 1-2 bulan dari sekarang. Aku betul-betul harap aku dapat siapkan komik ini sebulan sebelum tiba Pesta Buku Malaysia 2012 hujung tahun ini...T__T

Ok. Tamat scene sadis. Untuk pengetahuan semua, komik ini adalah kolaborasi aku dan inche Nazry Salam. Beliau bertindak sebagai penulis, perancang, dan pengurus yang memastikan penghasilan komik ini sentiasa lancar. Ok. Ini sedikit fakta berkaitan komik ini.

Sinopsis
Mereka adalah penggila komik.
Mereka ada satu matlamat.
Mereka mahu terbitkan komik mereka sendiri di sekolah.
Tetapi hasrat mereka itu dihalang pengetua dan guru-guru. 
Jadi mampukah mereka mencapai matlamat mereka itu? 

Mampukah?

Genre:
Alam Persekolahan, Drama, Bidang Melukis Komik, Komedi.

Penerbit:
 PTS POP Sdn. Bhd.


Stick.Note: Ok. Tamat masa bersuka riang berbloging. Sambung melukis. XD

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday, 29 August 2012

Sergah!

Lain yang dirancang, lain yang dibeli. Haha! Aku beli je la buku A.K.C ni dulu. Sebenarnya memang ada list komik yang aku target mahu beli. Contohnya A.K.C, A.K.I, Misi 10A Plus dan AdiwiraTapi takpelah. Apa pun, tambah juga koleksi aku. Disebabkan kekecewaan yang melampau, aku pun tanya pada pekerja. Dah la cawangan POPULAR ni je la yang paling dekat dengan rumah aku. Yang lain agak jauh sedikit. Hm tolonglah update komik kalian ya T____T please.....

Semoga selepas menerima maklumat permintaan, sang Supervisor dapat bertindak bijak. Siapa yang sudah sedia ada add aku di fb, tentunya dah view wall photo aku. Jika nak tau apa jadi petang semalam, bolehlah klik sini


Review
Bolehlah. Takde la sampai "Awesome" seperti Misi 8A.
Anyway, still berbaloi untuk beli. Not bad. 


Stick.Note: A.K.C? ^___^ aku bagi  ✦ ✦ ✦  ✧ 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday, 6 August 2012

Hormat

***********************************************************************
Aku tidak akan hormat seseorang anak selagi ia tidak hormat pada agamanya.

Aku tidak akan hormat seseorang pelajar selagi ia tidak hormat pada agamanya. 

Aku tidak akan hormat seseorang pemimpin selagi ia tidak hormat pada agamanya. 

Aku tidak akan hormat seseorang pelukis selagi ia tidak hormat pada agamanya. 

Aku tidak akan hormat mereka sekalian selagi mereka tidak hormat pada agamanya.

Aku tidak akan sekali-kali memandang tinggi pada mereka.

Sesungguhnya perlakuan mereka mengambarkan diri mereka.

Kecelaan mereka disebabkan kekurangan ilmu mereka.



Berbuatlah segala sesuatu di dunia berpandukan hukum agamamu.
Nescaya Allah s.w.t akan memberkati segala usaha dan rezekimu di dunia.
Insya'Allah...

***********************************************************************

Stick.Note: Bersahabatlah dengan yang baik-baik, bekerjalah dengan sumber yang baik-baik, janganlah menghalalkan sesuatu yang haram, sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha menghasut manusia yang lemah ilmu dan imannya, termasuklah aku =.="

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday, 28 July 2012

Traveling

Setiap sesuatu yang kita idam untuk lakukan, pasti kita rasa gembira gila bila dah kecapi. Rasa bersemangat dan rasa itulah perkara yang betul-betul bahagia dan betul untuk dilakukan. Namun, suatu saat, kita akan rasa fasa 'down' dan semangat yang berkobar dulunya seperti hilang sekelip mata. Tapi, kita sayang dengan apa yang kita lakukan. Tapi rasa macam tak bersemangat. Tapi itulah, semangat dah tak ada. Tapi sayang. Tapi...tapi T_T..dan ya, dan aku sedang melalui fasa ni. 
...............................................................................................Sigh' =_=" 

Aku rasa semua orang pernah rasa. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup! Banyak cara kita boleh buat untuk dapatkan semula semangat-semangat dulu tu. Contohnya  macam  minta sokongan rakan/ keluarga/ insan tersayang, berdoa, dan macam-macam cara lagi. Kehidupan ini seperti sebuah pengembaraan, dan dalam masa yang sama, kita memerlukan sesuatu untuk 'push' kita supaya sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa.

Dan aku, disini, semua sokongan aku dah dapat, dah berdoa. Tapi perasaan 'down' tu ada jugak. Akhirnya seperti biasa, aku cari koleksi movie dalam hardisk aku untuk mengisi kebosanan. Aku pun klik file Madagascar 2. Layan dok layan, tiba-tiba lagu soundtrack dia terkesan kat aku. Itu je aku nak cerita. Haha! So jom kita layan lagu ni - The Traveling Song. Semoga lagu ini memberi manfaat yang sama pada semua. (Apa yang manfaat kat korang pun aku tak tahulah :p)

***************************************************
Nak download lagu ni? Boleh klik icon bawah ni. Kbai!
Download
Stick.Note: Aku rasa macam aku lak orang terakhir download lagu ni. Filem ni dah berkurun kot release. Hahaha! :p

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Thursday, 26 July 2012

Episode #2 - Makan Waktu Azan


Stick.Note: Rujukan

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Friday, 20 July 2012

Episode #1 - Niat Sebulan


Stick.Note: Rujukan

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday, 11 July 2012

Fanart Super Safee#2

Assalamualaikum
Waalaikumusalam


Salam salam meh salam. Siapa lelaki, salam dulu. Kau dah salam? Okey semua dah salam. Haa lama dah lama tak menaip blog ni. Hampir sebulan. Tetapi itu tak bermakna aku tidak melukis selama tu. Aku sentiasa melukis. Setiap hari. Disebabkan tak ada cerita nak buat entri kesibukkan jadual, jadi lamalah blog ni terbiar. 

Sekarang ni aku dalam progress buat projek komik duo. Disebabkan performance aku 80% dan speed aku 20%, maka progress komik pun baru 40% siap. Jadi jangan tanyalah kenapa blog ni bernama seni perlahan. So far, memang aku tak rajin buat ilustrasi bebas sejak beberapa bulan ni. Kalau aku rajin, memang aku memanjang je rajin berkongsi dengan kau semua. So, kalau buat pun hanya fanart. Macam yang kau nampak di bawah ni.



Kau nampak buku yang dipegang tu? Haa itulah buku yang akan muncul dipasaran nanti. 
Kalau kau peminat bola, wajib beli tau! Kalau bukan, suka-hati-kau-nak-bali-ke-tak-nak xp




Stick.Note: Komik Super Safee#2 ini adalah karya Tuan Froggypapa

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Friday, 15 June 2012

Muslimah Lukisan Yang Indah


      Dalam beberapa hari ini, aku agak terkilan melihat perspektif lukisan muslimah yang di upload oleh rakan-rakan di facebook. Sudah senak untuk mata aku melihat mereka melukis wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kini, wanita muslimah juga menjadi sasaran mereka untuk dicacatkan. 

Adakah semata-mata ingin menarik perhatian orang, hukum agama dipermainkan. Anugerah bakat itu dipinjam. Jadi gunakanlah ke jalan yang tidak dimurkai-Nya. Ini seolah-olah sudah dipinjamkan baju, kau pula koyak-koyakkan baju itu. Kita adalah pelukis, maka kita mampu men'cipta' dunia lain yang lebih ideal. Kita bebas dan tidak terikat dengan peredaran zaman sekarang untuk melukis. Maka salurkanlah idea yang baik-baik. Apabila di alam berzakh kelak, dosa mereka akan non-stop bertambah walaupun mereka sudah putus hubungan dengan dunia. Sebabnya, selagi ada orang yang melihat dan menyimpan karya keji mereka itu. Maaf. Aku terpaksa berterus-terang. Kerana mereka ini ibarat menconteng arang di muka Allah s.w.t.

Di Malaysia, pelukis komik umumnya melukis karakter perempuan muslim seperti melukis artis seksi. Aku tidak faham kenapa mereka sanggup melukis seperti itu. Walaupun baju dan tudung menutup semua bahagian badan, tetapi bahagian yang menggoda itu masih di'highlight'kan. Ini adalah faktor mengapa golongan ibubapa memandang negatif jika anak mereka meminati komik. Semuanya berpunca dari para pelukis sendiri juga. Jika berterusan begini, bagaimana semua golongan umur dapat menerima bahan media seperti komik ini?

Stick.Note: Sekarang pihak yang aku percaya pun sudah tidak mengambil berat tentang hal ini. Kata hanya komik yang menepati syariah diterima editor. Tapi disebabkan pelukis itu tersohor. Peraturan letak entah ke mana.


(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday, 28 April 2012

All Blue

Betul-betul sunyi blog ini setelah lama tidak diusik. Hmm...aku tahu, blog ini bukanlah penting pun dan aku yakin tiada seorang pun yang ingin menaipkan alamat blog ini di enjin carian. Tidak seperti website dan blog lain. Blog aku tiada perkara yang menarik, untuk menyuburkan minda, menghiburkan hati, mengerikan jiwa, dan mencucikan mata. 

Ini kerana aku tidak berminat unttuk taburkan info yang berkaitan. Dunia sekarang terlalu bebas. Agak kurang perkara yang dapat buat aku berminat untuk dikongsikan. Sangat kurang info yang berpagar ilmu dihati. Semuanya mereka sudah robohkan. Malah, aku juga terlalu sibuk dan ditambahkan pula dengan talian internet yang perlahan. Status di facebook jangan katalah. Sudah seperti tiada. Kadang-kadang berdiam dapat mengurangkan dosa. Fahaman ini menjadi pegangan aku sejak sekolah menengah lagi. Apa pun mujurlah kini kelajuannya sudah diperbaharui semula. 

Yeah! Semalam, selepas memerahkan idea untuk komik. Aku pergi melepaskan tekanan, kali ini aku mahu minda aku gembira berbung-bunga apabila setiap kali mahu memulakan kerja. Maka aku berkeputusan untuk mencantikkan interface komputer aku. 

Setelah aku pergi merayau beberapa jam dilaman sesawang, aku mengambil keputusan untuk menggunakan tema warna blog aku sendiri. Iaitu biru kehijauan atau dengan nama lainnya turquoise. Di bawah inilah adalah hasilnya! 

Theme Desktop 
Theme Firefox
Theme Chrome


Kini jiwa aku sudah seperti baru!



Stick.Note: Terimalah kenyataan bahawasanya desktop lelaki lebih kemas dari perempuan! Haha! xD

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Thursday, 22 March 2012

Review Smash20 #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada 
peminat komik sekalian. Kepada peminat bahan media lain, 
kau sudah tersalah masuk website sebenarnya. Sila beredar dari sini.
Ini bukan lawak ya. Kau betul-betul kena beredar. Haha! 

 =_=||| ~Sigh

Cover terbaik! Aku suka! xD  
Seperti sebelum ini. Apabila tiba masanya, aku akan mengulas komik yang aku suka. Yang tak diulas bermakna aku tidak sukalah. Eh begitukah? Haha! Gurau sahaja. Aku ulas sebab aku sudah beli, dan aku seronok membacanya. Jika sesebuah komik itu melepasi tapisan aku terhadap 3 perkara, maka barulah aku berani dan berbangga untuk memperkenalkan kepada sahabat-handai. Kepada peminat komik, pendapat aku komik ini layak untuk dijadikan koleksi di rak komik kau.


3 tapisan yang aku perkatakan tadi adalah plot yang menarik, stroke lukisan yang sedap mata memandang, dan yang paling penting tiada lukisan yang MENCABULI HUKUM AURAT UMAT ISLAM itu sendiri....kecuali ada beberapa fanart dibahagian belakang komik ini. Barangkali terlepas pandang. Semoga pihak pengurusan Komik-M mengambil perhatian ke atas perkara-perkara kecil dan remeh ini. Jika ingin mengangkat komik sebagai bahan yang berilmiah dan diterima semua golongan perlulah buktikan bersunguh-sungguh bukan? Inikan misinya? Sebab itu masih ada sekolah-sekolah yang masih merampas komik-M jika dibawa masuk ke dalam sekolah. Sebab remeh inilah. No offence.


Apa-apa pun, sang pelukis sudah buat yang terbaik! Aku dapat lihat stroke lukisan semakin hebat! Tahniah FONER !!! Kesungguhan kau telah terbukti dengan terbitnya Smash 20#2 Gelanggang Elit ini.


Stick.Note: Bintang? Aku bagi ✦ ✦ ✦ ✦ ✧

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home