Friday, 17 June 2011

Lencun!



Ahhh~! Basah laa~! Tengah-tengah pagi macam ni lah you nak basahkan i~! Seluar i~! Ahhhh! Apa yang basah? Basah dengan apa? Teeeetttttt! Eh jangan fikir bukan-bukan okey. Ini bukan kes mengalami mimpi indah yang memberi tindak balas terus-menerus ke otak dan merangsang nurani suci aku seterusnya menyebabkan ejakulasi ohhh!!! Itu tidak sopan sama sekali untuk diuar-uarkan kepada pihak awam. Ahaha. Ok fine. Aku baru balik kerja tadi. 

Kau tahu masa briefing sebelum balik kerja tadi apa jadi? Tahu? Wah! Sila tepuk tangan laju-laju kerana aku tahu kau memang jawab dengan tak betul! Harharhar! Okey sebenarnya bunyi guruh beb! Guruh! Kuat pulak tu. So tak kan aku nak bagi tahu lagi kot kenapa dok aku cerita pasal basah tadi. Haa pandai pun! Hujannnnn. Aku bukan apa. Boleh je tunggu hujan tu berhenti baru aku gerak. Tapi melihat awan yang tak berapa nak cantikkan, paling kurang pun dua jam lagilah aku kena layan moment indah ni. Kan? Melihat anak-anak manusia berlari sambil buat gaya tangan diatas kepala macam...erk! Melihat titisan-titisan syahdu jatuh dari atap dengan gedik. Peh! So...dengan mata yang mengatuk selepas mengharungi shift malam ni , mana boleh tahan beb. 

Lalu dalam hati aku ni terdetik...

Hati: Katil sudah tunggu di rumah... 

Hati: Dan aku pula sedang menjaja di parking motor? 

Hati: Apa sudah terjadi? 

Hati: Gua sudah rindu sama gua punya katil maa...


Okey. Senang cerita. Aku start motor dan blah. Tadaa! Tu yang dapat pakej mandi free tu hahaha! Hamek kau! Satu helai kain pun kat atas baju kau ni kering! Sejuk gigil gua cakap lu. Hoooyeeeaaahh!


Stick.Note: Nasib baik tak demam >_<

No comments:

Previous Next Home