Thursday 22 March 2012

Review Smash20 #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada 
peminat komik sekalian. Kepada peminat bahan media lain, 
kau sudah tersalah masuk website sebenarnya. Sila beredar dari sini.
Ini bukan lawak ya. Kau betul-betul kena beredar. Haha! 

 =_=||| ~Sigh

Cover terbaik! Aku suka! xD  
Seperti sebelum ini. Apabila tiba masanya, aku akan mengulas komik yang aku suka. Yang tak diulas bermakna aku tidak sukalah. Eh begitukah? Haha! Gurau sahaja. Aku ulas sebab aku sudah beli, dan aku seronok membacanya. Jika sesebuah komik itu melepasi tapisan aku terhadap 3 perkara, maka barulah aku berani dan berbangga untuk memperkenalkan kepada sahabat-handai. Kepada peminat komik, pendapat aku komik ini layak untuk dijadikan koleksi di rak komik kau.


3 tapisan yang aku perkatakan tadi adalah plot yang menarik, stroke lukisan yang sedap mata memandang, dan yang paling penting tiada lukisan yang MENCABULI HUKUM AURAT UMAT ISLAM itu sendiri....kecuali ada beberapa fanart dibahagian belakang komik ini. Barangkali terlepas pandang. Semoga pihak pengurusan Komik-M mengambil perhatian ke atas perkara-perkara kecil dan remeh ini. Jika ingin mengangkat komik sebagai bahan yang berilmiah dan diterima semua golongan perlulah buktikan bersunguh-sungguh bukan? Inikan misinya? Sebab itu masih ada sekolah-sekolah yang masih merampas komik-M jika dibawa masuk ke dalam sekolah. Sebab remeh inilah. No offence.


Apa-apa pun, sang pelukis sudah buat yang terbaik! Aku dapat lihat stroke lukisan semakin hebat! Tahniah FONER !!! Kesungguhan kau telah terbukti dengan terbitnya Smash 20#2 Gelanggang Elit ini.


Stick.Note: Bintang? Aku bagi ✦ ✦ ✦ ✦ ✧

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday 21 March 2012

RG Logo - 3D Upgrade


************************************************************** 

Percubaan pertama men '3D' kan logo.
Sila kutuk jika ini tak sehensem yang kau boleh buat.
Y____Y

**************************************************************

Karya kali ini adalah bertujuan untuk menggagahkan lagi dan lagi dan lagi karya asal. Untuk pengetahuan semua, ini adalah logo kumpulan REVGang. Mereka adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada pelukis-pelukis tempatan yang mana tidak pernah putus-putus untuk memperjuangkan arena seni. 

Masing-masing mempunyai kelebihan dan cabang kepakaran mereka yang tersendiri. Aku kagum dengan kesungguhan mereka. Semoga ini dapat merangsang semangat juang dikalangan mereka. Selamat berjuang rakan-rakan!



Stick.Note: Aku budak baru belajar, perlahan-lahan aku kejar.

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home