Sunday 30 September 2012

Review Komik Super Safee #2

Terlintas sahaja nama pemain bola ini, rasanya hampir semua rakyat Malaysia sudah kenal. Nama beliau tidak asing lagi dalam dunia sukan tempatan. Malah orang yang tidak meminati bola sepak seperti aku juga 'terpaksa' kenal sebab dok jumpa nama dan muka dia di internet dan akhbar. Ok. Ini luahan perasaan murahan. Abaikan. Kita teruskan kepada topik review. T__T 
Karya : Froggy Papa
Baiklah. Bagaimana aku mahu pendapatkan komik ini ya. Beginilah. Aku beri komen sebagai seseorang yang tidak berminat kepada bola sepak. Jadi apa-apa komen aku yang OK dan KO, harap tidak menyuka dan menyedihkan korang. Ok? Cool! ^__^

Pada aku, pertama kali aku melihat komik ni, serius aku memang tidak pandang sebelah mata. Sebab aku memang tak pandang langsung. Malah komik pertamanya juga aku tak beli. Aku terus beli komik kedua. Dan aku beli ni pun sebab aku curious. Mengapa komik ini ramai peminat? Apakah?! Dalam benak aku berkata "Ahh mereka minat bola, memanglah beli". So short story, akhirnya aku pun beli. Sesampai sahaja di rumah, aku cuba selak sekilas beberapa muka surat. "Biasa je. Apa yang bestnya? Hadoi!". Akhirnya aku letak atas meja dan baca komik MISI 10A PLUS dulu. Oh ya. Sebenarnya aku beli 3 komik jumaat lepas. Korang boleh rujuk di SINI.

Esok petangnya. Aku selak lagi. Kali ini aku baca dari depan. Not bad. Aku teruskan membaca. Ok. Ini sudah menarik. Aku teruskan membaca lagi. Wah best pula! Lalu aku baca sampai habis hahahaha! Ok fine! Rasa macam tak sia-sia aku laburkan duit untuk beli komik ni. Ceritanya bukan semata-mata bermain bola. Malah ada kisah kehidupan si Safee. Itu yang aku tertarik dan membuatkan aku senang bila membaca. 

Apa pun, keseluruhan jalan cerita komik ini menarik. Lukisan pun ok. Tapi aku sedikit teringin, jika boleh strokenya seperti cover Super Safee #1. Aku rasa stroke itu menarik dan kukuh. Tapi tidak apalah. Setiap pengkarya ada stroke mereka sendiri. Aku boleh terima. Cuma yang sedihnya Fanart aku tidak dimasukkan. Salah aku juga kerana submit lewat 2 jam dari tarikh tutup. Okbai.


Stick.Note:  Rate? Aku bagi  ✦ ✦ ✦  ✧  

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Sunday 16 September 2012

Lembah Kartun Malaysia


Ok. Ini entri mengarut. Kau tidak payah berangan Malaysia ini ada lembah kartun. Kalau kau mahu sangat, sila usulkan cadangan kau pada kerajaan yang menguruskan negara ini. Huhu! Baiklah. Siapa mahu ikut aku berimaginasi, bolehlah teruskan membaca. Zass!

Sebagaimana yang kita segelintir tahu di Japan, menghasilkan komik adalah suatu pekerjaan yang diiktiraf. Even universiti di sana juga ada menawarkan kursus berkaitan komik. Sehingga sekarang beratus judul komik, dari pelbagai stroke lukisan dan terdiri dari belasan genre telah dihasilkan. Masing-masing berebut tempat pertama dalam carta manga popular. Amat bersungguh bukan?! Mereka bersaing hingga ke tahap you-loose-you-disappear! Komik mereka terdiri dari pelbagai sasaran. Kanak-kanak, Remaja, Dewasa, Family. Setiap komik yang berjaya menarik perhatian orang ramai, mereka akan animasikan di television. Seterusnya mereka akan hasilkan pelbagai marchandise seperti figura aksi, CD anime, lampu, beg, kasut, pakaian, key chain dll yang wujud dalam komik itu sendiri. Sebab itu industri mereka luas. Marketing mereka meluas dan pelbagai sehingga ramai yang tertarik untuk membeli. Bagi mangaka yang menjadi lagenda, muzium khas juga turut dibina untuk tokoh-tokoh tersebut! Salah satunya seperti tokoh mangaka Osamu Tezuka. Gambar dibawah adalah musium tersebut. 
Boleh klik di SINI untuk lihat website mereka.
Akibahara. Gambar dibawah. Di sinilah terdapat suatu kawasan yang dikhaskan untuk industri komik Japan. Para otaku akan membeli-belah disini dengan bebas. Pengangkutan ke sana sangat mudah. Ini menunjukkan kerajaan mereka memandang tinggi terhadap industri komik. Rakyat mampu memenuhi minat mereka ke sana tanpa segan-silu dengan gembira.
Lihat maju bukan bandar anime mereka?
 Iklan anime terpampang besar sebagai promosi.
Namun kesan negatifnya, golongan otaku ini dipandang serong kerana sifatnya yang tidak matang dan jijik. Mereka tidak pandai bergaya dan betul-betul bersifat kebudakkan walaupun sudah dewasa. Maka golongan ini amat dijauhi oleh wanita jelita yang normal. 

==================================================================

Disinilah imaginasi aku baru mahu bermula. Aku sarankan kita tidak perlu menjadi tahap otaku. Cukuplah sebagai rakyat biasa yang cool dan mempunyai hobi membaca komik dan menonton animasi. Ok? Dengan ini aku cadangkan kerajaan Malaysia menyediakan lembah khas untuk industri komik dan animasi di Malaysia! Tempatnya adalah ditingkat 7 hingga 10 di bangunan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur! Huhu! 
Berjaya Times Square. Antara kawasan strategik dan
mempunyai pengangkutan awam yang mudah.
Kau boleh datang ke sana dan bezakan sendiri 4 tingkat teratas
dengan tingkat yang bawah.  Sangat disia-siakan kawasan tu!
Aku rasa sadis melihat bangunan yang begitu luas dan mempunyai daya tarikan serta dilengkapi kemudahan pengangkutan awam disia-siakan begitu sahaja! Mari kita usulkan kepada kerajaan yang kononnya mampu merealisasikan apa sahaja kepentingan rakyat. Kini saya golongan kartunis bangkit memberikan cadangan! (macamlah Encik Najib PM baca blog aku kahkah! XD)

Di Malaysia, kita tidak perlu ada lembah segala bagai. Cukuplah dengan bangunan yang sudah sedia ada yang disia-siakan tersebut. Penuhkan kedai-kedai yang terbiar dengan kedai berunsurkan karya tempatan dan luar negara. Hiaskan dengan pelbagai lampu yang unik, dan sediakan LCD screen yang besar di tengah-tengah siling teratas untuk mempromosikan kartun, komik dan animasi yang baru dan popular! Galakkan rakyat Malaysia menceburi bidang ini secara menyeluruh sehingga mengiklankan pada pelajar, kakitangan awam/swasta, dan para usahawan yang berminat. Lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai syarikat animasi sendiri. Wujudkan juga pelbagai website dan page di facebook untuk memudahkan segala interaksi dan cadangan dengan masyarakat. Aku percaya. Jika semua penggiat seni bersatu, pasti ramai yang berminat untuk mengunjung tingkat 7-10 yang agak angker tersebut.

Err...pasar seni itu lain cerita. Tempat itu bahaya dan dikelilingi beratus penyeluk saku!


Stick.Note:
Ok. Tamat berimaginasi. Hehe! :P


(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday 15 September 2012

Hitam Putih Memori Seni


Assalamualaikum. Salam 1 Artisan.

Untuk entri kali ini, aku akan menceritakan pengalaman peribadi sepanjang aku berlari menggapai impian aku sebagai pelukis. Mungkin ia tidak semahal nyawa, tetapi memori inilah yang aku simpan sebagai kunci semangat untuk aku terus tepis segala tembok penghalang. Jika kau rasa akan muntah, tidak berminat, kau boleh padam tab ini sekarang. Sekian. Kepada yang masih duduk bersungguh untuk terus membaca, semoga memori yang aku siram ini memberi 1001 pedoman.

Aku bukan manusia bertuah. Aku bukanlah anak bertuah. Aku tiada bakat istimewa. Aku seorang penakut yang tiada apa-apa. Aku pernah dipulau, dibuli, dimaki. Tetapi sejak aku berpindah dikampung, aku menemui 1 sahabat yang hebat! Aku tidak menyangka ia sudi berkawan dengan aku. Komik. Ya, ia hanya sebuah buku biasa. Namun pemikiran aku tersentak dan merubah segala matlamat hidup aku. Dan di sini, aku berbaring. Memandang kipas yang berputar, memutarkan balik memori sebelum aku berjaya menyusun ayat-ayat ini. 

Dibawah ini adalah memori yang aku pungut semula. Aku susunkannya dalam bentuk point. Semoga memudahkan kau untuk membaca.


  • Aku dilahirkan di dalam keluarga harmoni. Namun, zaman sekolah rendah aku tidak seharmoni di rumah.
  • Semasa Darjah 5. Keluarga aku berpindah ke kampung. Maka, kawan aku juga seperti di reset menjadi kosong semula. 
  • Aku menemui beberapa rakan baru. Mereka baik, tapi bukanlah kawan yang setia.
  • Pada suatu hari. Aku menonton sebuah animasi di TV2 yang betajuk Dragon Ball.
  • Disebabkan tidak sabar untuk tahu cerita seterusnya, aku mula mengumpul komik Dragon Ball. Dari sini jugalah, minat untuk melukis komik aku bermula.
  • 1 benda yang perlu diketahui, bapa aku tidak suka, tidak benarkan dan tidak akan membelikan sebarang benda yang dia anggap membazir. Komik adalah salah satunya. 
  • Masakan komik yang murah itu, kau boleh fikir sendiri sama ada aku mampu ada PS1, Gameboy, atau sebarang mainan lain pada zaman tersebut. Kumpul sticker pun kena rotan.
  • Jadi aku pun sorok semua komik Dragon Ball aku dibawah tilam.
  • Setiap hari, hidup aku tidak tenang.
  • Namun, langit tidak semestinya sentiasa cerah. Tindakan ini dikesan oleh ibu aku. Rahsia aku pecah tembelang.
  • Ibu aku memujuk supaya aku membakar semua koleksi komik aku tadi. Ada 18 jilid semuanya.
  • Aku masih ingat kata-kata amaran ibu: "Kau pergi bakar cepat komik tu semua! Kalau ayah dapat tahu, MATI kau!" 
  • Bagi kanak-kanak berumur 11tahun. Apa yang kau expect aku buat?
  • Aku pernah diteranjang kerana melukis sekejap semasa mengulang kaji pelajaran.
  • Aku pernah dirotan berkali-kali sehingga lebam kerana tidak mahu belajar.
  • Kau tahu kenapa aku tidak mahu belajar? Lepas balik sekolah, aku kena belajar. Waktu malam aku kena belajar. Aku tidak dibenarkan menonton tv. Aku tak dibenarkan beriadah. Aku tidak boleh tidak buat apa-apa (releks).
  • Game? What the hell is that?
  • Aku kena tidur pukul 10 malam.
  • So, in the end. Aku terpaksa bakar komik itu semua.
  • Jilid seterusnya bila aku beli, aku jualkan semula pada kawan aku.
  • Aku tidak boleh simpankan dirumah.
  • Selepas tamat UPSR. Aku melangkah ke Tingkatan 1.
  • Aku tinggal di asrama. 
  • Disini, aku boleh melukis dengan bebas. 
  • Perasaan aku masa itu seperti baru dihidupkan semula.
  • Setiap hari aku berlatih melukis. 
  • Namun, masa itu tidak lama. Aku terpaksa kembali tinggal di rumah sewaktu aku form 2 atas sebab-sebab tertentu. Bermulalah hari-hari aku melukis secara sorok-sorok semula.
  • Sehinggalah form 3. Lukisan aku sudah boleh dianggap ok-ok. Amaturlah kiranya. Ramai kawan-kawan yang menyokong bakat aku. Ada dua tiga orang cikgu jugalah yang akui dan menggalakkan aku meneruskan dalam bidang komik.
  • Aku juga pernah menghantar artwork 10x10 di ruang OK ke KO untuk komik Gempak. Aku dapat C+. 
  • Aku gembira, seakan mendapat galakkan dari pihak luar. Aku cuba menghantar 6 artwork sekali gus pula.
  • Kali ini hanya 2 artwork tersiar. Satu B-. Satu A.
  • Aku berjaya mendapat A kau tahu! Dan yang paling best, isu tersebut aku mendapat "Best of The Best!" - Isu 137
  • Aku tunjukkan pada ibu aku. Dia tersenyum. Aku memberanikan diri tunjuk pada ayah aku. Dia hanya setakat melihat. Dia hanya bertanya, bagaimana aku pandai POS ke syarikat tersebut? Apakah? 
  • Bakat aku, dia hanya pandang sebelah mata.  
  • Berita ini dihebohkan oleh ibu aku kepada kakak saudara, makcik dan pakcik. 
  • Aku segan. Tetapi hati kecil aku sedikit berharap mereka memberi semangat pada aku untuk melukis komik.
  • Mereka semua menyokong. Tetapi bukan menyokong aku melukis komik. Mereka menyuruh aku melukis potret ditepi jalan.
  • Komik? Terus dipandang rendah. Lebih rendah dari lukisan lain. Seperti komik adalah hasil lukisan yang paling rendah dan jijik.
  • Memikirkan ibu aku sahaja yang menyokong. Aku sedih.
  • Sejak dari itu. Aku menyusun matlamat baru. Aku mula serius menghasilkan komik 6 muka untuk Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia.
  • Aku mahu mendapat tempat pertama! Aku mahu mengoyak persepsi mereka. Aku ingin bukakan mata mereka yang bahawa komik adalah sesuatu yang boleh dipandang tinggi.
  • Aku pernah menghantar 3x!
  • Namun hanya pada tahun 2007, baru aku berjaya mendapat tempat kedua. Disebabkan ia bertaraf Kebangsaan. Aku berjaya mengejutkan mereka semua. 
  • Bapa aku juga sudah tidak melarang aku mengumpul komik lagi. Dengan syarat, aku beli dengan duit sendiri. Sampai sekarang, dia masih tidak akan belikan. 
  • Semasa apply universiti. Aku menunjukkan sijil-sijil aku yang terkumpul kepada ayah. Begitu banyak sijil berkaitan seni aku.
  • Entah macam mana. Dia membenarkan aku membuat pilihan sendiri untuk pilih bidang yang aku suka ceburi. Lantas aku menyebut Multimedia. Dia setuju.
  • Namun aku tidak berjaya dalam permohonan. Aku hanya ditawarkan bidang Kejuruteraan Komputer.
  • Setelah bertahun-tahun belajar. Kini aku berpeluang menyatakan hasrat aku untuk menghasilkan komik.
  • Ibubapa aku hanya mampu setuju memandangkan aku sudah dewasa. Tetapi hampir setiap bulan juga mereka menyuruh aku mencari kerja tetap. Sehingga kini, mereka masih tidak menganggap komik adalah pekerjaan yang baik. 
  • Ibu aku menyokong. Cuma dia harap aku hanya buat secara sambilan.


Begitulah perjalanan hidup aku. Aku sangat bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Menjadi pelukis dan freelance designer. Aku bekerja dengan membuat perkara yang aku suka. Malah aku berjaya memiliki sahabat yang paling akrab dan setia. Terima kasih. Komik!

Stick.Note:  Beruntunglah mereka yang dilahirkan oleh ibubapa yang memahami. Sungguh aku iri hati :)

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Sunday 9 September 2012

Review Komik Adiwira!

Dengan ini dipersilakan! Tuan Adiwira yang akhirnya berjaya muncul dihadapan mata aku.....petang tadi.  Baiklah. Silakan berdiri Tuan Adiwira. Anda kena jadi model sekejap dalam entri ini. Hehe!

Karya: Ash Kun

Sebenarnya aku mahu buat entri Sergah! #2 hari ini. Tapi memandangkan pihak MPH MidValley tu macam banyak koleksi Komik-M. Jadi aku batalkan niat aku. Namun, perkara yang sama masih terjadi. Harapan aku punah setiap kali memburu Komik Misi 10A Plus! Wuwuwuuu T_T. Aku ada ajukan pertanyaan pada bahagian customer service. Jawapan mereka sama seperti POPULAR Bookstore di tempat aku hari tu. 

Mereka masih BELUM ADA komik tersebut!!! 
Apakah? Apakah? Apakah? 

Bandar besar KL pun tak ada! Peh! Sayat betul jawapan sopan mereka. Dush!!! Baiklah. Kita teruskan hal review berkenaan komik Adiwira. Hmmmm! Pandangan aku adalah...jeng jeng jeng! Hehe! Apa pun pendapat aku, ianya tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang baru hidup. Ianya adalah datang dari aku semata-mata. Jadi tak payah kesah. Ok?

Ini review aku. Komik ni best. Heheee... XD


Stick.Note: Bintang? ^_^ Aku bagi  ✦ ✦ ✦  ✧ 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday 5 September 2012

Jam0000 - 10 Sept

Siap pun lakaran cover untuk pre-release 20 page komik KOMIKA ni! Nantikan colour version pada tarikh release nanti! Ya! Ia akan di upload bersama 20 page tadi dan boleh dibaca secara free oleh peminat ringan dan tegar komik sekalian di page komik kami - KOMIKA. Bertuah tak kau rasa? Bertuahlah sangatttt harr..harr..harr....=.=" 


Baiklah! Namun begitu. 20 page ini bukanlah semudah itu untuk kami upload. Ko hengat sonang-sonang jo ko? Ahaa~ada 1 perkara yang perlu korang lakukan. Senang je! Target kami untuk page ini mestilah mencecah minima sebanyak 300 likes dalam seminggu. 300 sahaja! Tarikh tawaran bermula 3 Sept lepas. Maka tepat jam0000 - 10 Sept, tawaran akan ditutup! Jika target tidak berjaya. Tidak perlulah kami upload cover ini nanti.....hehehe :p 


BAGAI<(^_^)>MANA?



Stick.Note: Ayuh! Like dan share! -  KOMIKA

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday 3 September 2012

Komika The Comic

Dengan bersejarahnya..
...semalam tercatatlah tarikh rasmi pembukaan page komik kami! 
=========================================================
=================== Hoooooo \(^_^)/ ooray!! =================== 

Eh? Dah ada ke komik ni? Bila pulak ni terbit? Ehehe.....belum terbit pun. Cuma aku dapat jangkakan 1-2 bulan dari sekarang. Aku betul-betul harap aku dapat siapkan komik ini sebulan sebelum tiba Pesta Buku Malaysia 2012 hujung tahun ini...T__T

Ok. Tamat scene sadis. Untuk pengetahuan semua, komik ini adalah kolaborasi aku dan inche Nazry Salam. Beliau bertindak sebagai penulis, perancang, dan pengurus yang memastikan penghasilan komik ini sentiasa lancar. Ok. Ini sedikit fakta berkaitan komik ini.

Sinopsis
Mereka adalah penggila komik.
Mereka ada satu matlamat.
Mereka mahu terbitkan komik mereka sendiri di sekolah.
Tetapi hasrat mereka itu dihalang pengetua dan guru-guru. 
Jadi mampukah mereka mencapai matlamat mereka itu? 

Mampukah?

Genre:
Alam Persekolahan, Drama, Bidang Melukis Komik, Komedi.

Penerbit:
 PTS POP Sdn. Bhd.


Stick.Note: Ok. Tamat masa bersuka riang berbloging. Sambung melukis. XD

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home