Sunday 30 October 2011

Thousand Sunny!

Selamat Hari ..................<<< (isi tempat kosong sendiri ikut citarasa korang...)
Pertama sekali. Sebelum kau teruskan membaca...seriyes aku cakap...kau jangan harap apa-apa fasal matahari warna biru kat atas ni. Sebab aku saja nak letak. Jadi aku tak tanggung ha kalau kau tiba-tiba merajuk manja gedik-gedik dekat aku sebab alasannya kena tipu dengan si Selo. Macam ni boleh?


Kepada yang terus membaca. Jangan buat-buat hal. Haha!


Perasan tak korang dengan gambar profile terbaru aku kat facebook? Ya...yang kepala Thousand Sunny tu. Haaa..aku dok fikir lama-lama benda tu dari semalam. Kau tahukan Thousand Sunny ni kapal si Monkey D. Luffy dalam One Piece. Kalau kau ikut manga atau anime dia, mesti kau dah tahu bertapa seronoknya kapal tu~

Kapal ini dilengkapi:

1. Dapur taraf hotel 5 bintang!
2. Taman berumput dilengkapi sebatang pokok berbuaian! 
3. Perpustakaan besar! 
4. Bilik tidur yang luas! 
5. Menara kapal yang luas!
6. Dilengkapi add onn kenderaan lain seberti mini submarine! 
7. Sistem kayak bermotor. Tidak perlu risau jika tiada angin bertiup ditengah laut!
8. Akuarium sebesar akuaria macam kat KLCC tu! (ok fine...aku tipu). 


Argrghhh!!! Tapi kapal tu memang best! Malah tenaga kapal ni hanya perlu guna angin dan air cola si Franky tu je. Tolong cakap ia sangat awesome kawan-kawannnnn!!!! Ok. Aku tahu kau tak rasa apa-apa pun dapat tahu ni semua. Ya lah. Kartun je kot. Manga. Lukisan sematakan....T___T 

Tapi cubalah kau bayangkan kalau kapal ini betul-betul wujud! Dibina khas dan mampu berfungsi. Bayangkan...bayangkan....bayangkannnnnn sesaat pun jadilah!!!!~ohhh....Ok kau dah boleh pukul aku sekarang! Sebab suka hati aku punya hati paksa kau fikir.


Eh kejap...jangan pukul dulu! Aku ada pengumuman. Kalau kau ada jumpa model aksi seperti kat bawah ini di mana-mana kedai otaku, model aksi, manga, even dalam rumah orang. Percayalah! Tolonglah percaya! Kau ambilkanlah dan bagi pada aku. Sebab ada orang dah curi dari aku. Kalau kau jumpa dua tiga kapal pun jumpalah. Bawa semuanya pada aku jugak. Mahal tauuuuuuuuuu aku beliiiiiiii...T___T  


Stick.Note: Masa kau nak pulangkan kat aku nanti hati-hati sikit. Jangan kau bawak abang po pula. Emm tiang kapal tu jaga baik-baik sekit. Patah karang kau siap! =p

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday 29 October 2011

Top of The Rack

Minggu yang lepas. Aku telah mengisi masa lapang aku di Shah Alam. Tahu Jusco Bukit Raja Shah Alam? Ya di situ ada sebuah bookstore Popular. Aku tak ada motif pun masuk tempat ni. Tapi aku teringin juga nak masuk. Tau apa hobi baru aku masuk bookstore sekarang? Eh? Baca free? Eh aku bukan macam k.....err si pulan dan polan itu lah! Baca free je. Beli tak. Ehehe...tapi kadang-kadang baca juga haha...haaaa. Ya lah. Orang bookstore tu tak marah pun. 

Betul tak?

Sebenarnya inilah hobi terbaru aku setiap kali lalu pusat buku. Mencari kedudukan Komik-M  dari puak PTS POP! Har..harr memang tak ada kerja. Aku cari pun bukan sebab aku nak beli. Sebab aku memang dah beli pun. Aku cari atas tujuan lain iatu mahu periksa kedudukan komik itu diletak secara baik atau tidak.

Sebab sebelum ini nampak post dari rakan-rakan facebook. Komik-M ini dianak tirikan dan diletak di bahagian yang amat susah dilihat dengan mata manusia. Dibawah rak paling bawahlah. Di campur dengan komik-komik lainlah. Ditindih dengan buku lain-lainlah. Sungguh sadis aku melihat fenomena ini. 

Entahlah! Tuan kedai itu ingat kita nak main cari-harta-karun-kat-kedai-dia-ke-apa!!! Eh orang lain pun ada kerja lebih berfaedah ah! Erk emo kejap [[=p]] Baik aku dah habis cerita. 


Jadi mesti kau semua nak tahu apa nasib komik-M di Jusco Bukit Raja kan?   

TADAA!!
Top of The Rack bebeh!!! Erk ayat macam boleh jadi tajuk filem je. Kahkah!


Stick.Note: Walaupun mereka tidak order terlalu banyak di bookstore mereka. Tapi mereka meletakkan buku ini dengan baik. Terima kasih Tuan kedai! Yeah! Oh ya! Lupa nak beritahu. Ada berita baik untuk Komik-M. Anda telah pun berjaya menjajah meja kerja pekerja-pekerja di tempat aku bekerja. 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Friday 28 October 2011

Jangan Fikir Lah!

Selamat datang kamu sekalian! Jemput-jemput.  


Hari ini aku nak sebarkan kepada yang masih tidak tahu. Yang dah tahu baguslah! Ini dia!~Permainan paling sempoi pernah-baru-aku-tahu. Terima kasih kepada sahabat facebook - AmanWan yang menyebarkan komik hasilan Sang DevianArt yang mempunyai idea yang hebat itu! 
Info - Jumlah tontonan vlog AmanWan adalah sebanyak 1,564,608
masa aku cek dan...nampak gayanya akan bertambah.


AmanWan ni memang berbakat dalam lakonan. Kalau kasi dia satu bangunan untuk buat company buat iklan malam ni...aku rasa dah boleh jalan esok dah haha!.Dah jom layan! Wushh!




Ada beberapa pelakon diatas yang aku kenal. Mereka ada komik mereka sendiri. Aku harap aku dapat kecapi keadaan itu juga....T__T



Stick.Note: Ok. Aku nak main permainan ni sekarang. Nak join? 
=^o^= <- [baik...aku sedang tidak berfikir]

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Thursday 27 October 2011

Salah Tempat & Super Kantoi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. 

Ok. Ini entry terdesak. Kau akan rasa apa yang aku cakap ni betul bila kau lihat tarikh entri terakhir sebelum ni. Jadi faham-fahamlah aku ni sibuk tambah pemalas! Ha~kali ni aku nak umumkan sesuatu. Tapi sebelum apa-apa...aku sajikan kau dengan komik strip terbaru aku ni dulu. Lepas dah baca nanti aku cerita. Ok? Set!
<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ini sebenarnya komik penyertaan aku dalam pertandingan membuat komik strip dikelola oleh pihak PruBSNDah baca? Lawak ke? Ada 2 semuanya. Kedua-dua macam ada keganasan...(boleh menang ke? lawaknye takde...T_____T)

Untuk mendapat nama dalam senarai pendek peserta. Aku perlu berada antara 5 peserta like terbanyak. Jadi. Aku tak dapat nak cakap apa. Kalau komik ni tak memuaskan hati korang. Aku tak berani mengharap korang like. Apa pun kau boleh periksa link diatas kalau kau mahu like. Cara-cara: 


1. Like page PruBSN itu dulu. 
Ini linknya: http://www.facebook.com/prubsn?sk=app_198903120178748

2. Kemudian klik bahagian Gallery. Cari nama peserta Selo Mio

3. Klik Like.

*Perhatian! Jangan like disini haha! Tapi di facebook page PruBSN. 


Apa yang aku lihat dah ada 67 page. Mungkin korang boleh nampak komik aku antara muka 13 hingga 16. Maaf susahkan korang mencari pula haha. Ok! Itu sahaja. Terima kasih menjenguk blog ini.


Stick.Note: Macam tak mungkin menang aje. Ada 1 penyertaan aku jumpa like dia dah 18++. Not fair! Haha! 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home