Wednesday 27 April 2011

Janji Semalam

Hah! Akhirnya. Berpeluang juga aku membuat catatan baru. Heh! Berhempas pulas aku menyiap header belog diatas. Tak sangka dapat aku siapkan dengan bantuan beberapa panduan. Terima kasih kepada google yang banyak membantu! Yeah! Baik seperti dijanjikan. 

Versi warna! - 2010

Stick.Note: Mata sudah ingin bermimpi. Benarkan diri ini merehat. Selamat malam langit hitam! =D

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Tuesday 26 April 2011

Galeri Lepas!

Sudah beberapa hari aku tiada kesempatan. Kehidupan bekerja membuatkan aku letih sesampai dirumah. Catatan pada kali ni tak berkait dengan kehidupan seharian aku. Sebabnya aku hanya mahu upload karya-karya aku dalam belog baru ni. Sebelum ni aku sudah pernah upload dalam belog aku yang lama. Tapi aku sudah buang belog itu (kerana sebab peribadi). Jadi ini kira kali kedualah. Untuk entry ini aku upload yang hitam putih sahaja.
Ini fanart untuk komik Smash20! karya FONER - 2010

Stick.Note: Esok aku akan upload versi colour pula. Nantikan! Huhu!!!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday 20 April 2011

Tiada Noktah!

Yes! Akhirnya siap background untuk belog ni. Seharian memikirkan idea, seharian menekan mouse, dan inilah hasilnya. Walaupun agak ringkas. Tapi aku puas! Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan aku di facebook pasti kenal lukisan-lukisan yang aku selitkan di situ dan disini. Tahu kenapa aku selitkan mereka semua? Sebab merekalah yang mengingatkan aku kepada zaman dimana perasaan aku untuk menghasilkan lukisan dengan penuh bersemangat!

Jadi, selepas ini apabila setiap kali aku log in belog. Aku berharap mata aku yang melihat belog ini akan memberi tindakbalas pada jiwa aku untuk merangsang otak kiri dan kanan berusaha menghasilkan karya dari masa ke semasa. Hambek kau! Sains pun aku tokok sekali haha! Tamat adegan ini dan itu. Selepas ini aku kena hasilkan header yang hebat pula. Siapa ada idea? Hehe...sudah. Aku tahu kau pasti tak mahu kongsi. Siapalah akukan! Baik kau guna idea gempak itu untuk header belog kaukan! Betul tak aku cakap? Hah! Terasa kau. Ngeh!

Esok aku sudah mula kerja. Cuti 2 hari ini macam 2 jam sahaja. Apa pun aku sentiasa ingatkan pada diri aku untuk bayangkan hari cuti yang seterusnya. Barulah otakku ni kembali bersemangat. Disini aku mahu selitkan sekali trailer untuk movie yang tidak sabar-sabar untuk aku layan. 



Fast Five 

5 MEI 2011


Stick.Note: Hari ini genap 7 bulan! Huhu~ =D
(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Home