Friday 15 June 2012

Muslimah Lukisan Yang Indah


      Dalam beberapa hari ini, aku agak terkilan melihat perspektif lukisan muslimah yang di upload oleh rakan-rakan di facebook. Sudah senak untuk mata aku melihat mereka melukis wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kini, wanita muslimah juga menjadi sasaran mereka untuk dicacatkan. 

Adakah semata-mata ingin menarik perhatian orang, hukum agama dipermainkan. Anugerah bakat itu dipinjam. Jadi gunakanlah ke jalan yang tidak dimurkai-Nya. Ini seolah-olah sudah dipinjamkan baju, kau pula koyak-koyakkan baju itu. Kita adalah pelukis, maka kita mampu men'cipta' dunia lain yang lebih ideal. Kita bebas dan tidak terikat dengan peredaran zaman sekarang untuk melukis. Maka salurkanlah idea yang baik-baik. Apabila di alam berzakh kelak, dosa mereka akan non-stop bertambah walaupun mereka sudah putus hubungan dengan dunia. Sebabnya, selagi ada orang yang melihat dan menyimpan karya keji mereka itu. Maaf. Aku terpaksa berterus-terang. Kerana mereka ini ibarat menconteng arang di muka Allah s.w.t.

Di Malaysia, pelukis komik umumnya melukis karakter perempuan muslim seperti melukis artis seksi. Aku tidak faham kenapa mereka sanggup melukis seperti itu. Walaupun baju dan tudung menutup semua bahagian badan, tetapi bahagian yang menggoda itu masih di'highlight'kan. Ini adalah faktor mengapa golongan ibubapa memandang negatif jika anak mereka meminati komik. Semuanya berpunca dari para pelukis sendiri juga. Jika berterusan begini, bagaimana semua golongan umur dapat menerima bahan media seperti komik ini?

Stick.Note: Sekarang pihak yang aku percaya pun sudah tidak mengambil berat tentang hal ini. Kata hanya komik yang menepati syariah diterima editor. Tapi disebabkan pelukis itu tersohor. Peraturan letak entah ke mana.


(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home