Tuesday 12 July 2011

Smash20 Fanart

Hari ni aku bersemangat. Tak tahu kenapa. Mungkin Tuan Foner bagi deadline 17 July 2011 sebagai tarikh tutup submit fanart kot. Oh ya, kepada yang masih tak tahu siapa, Foner sebenarnya adalah pelajar yang belajar sambil menjadi pekomik part time. Antara karya dia yang aku rasa sangat hebat adalah komik Smash20 dan Hyperman! So nak dijadikan cerita, aku apa lagi. Laju-laju la kepala aku ni fikir nak lukis apa. Sampai tertidur-tidur la aku cakap sebab tak dapat idea. Tapi apa pun tu semua usaha dan hasilnya aku berpuas hati jugalah. Walaupun agak tidak detail. Macam kerja orang malas dah haha! Harap Tuan Foner suka.

Stick.Note: Aku ambil masa berjam jugaklah nak siapkan artwork ni. Nama pun Selo. So slow-slow la aku buat. Maka sila terima seni perlahan aku yang sangat hebat seadanya. Bajet haha!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday 11 July 2011

Penantian 8 Bulan!

Akhirnya tiba bulan yang ditunggu-tunggu! Kau agak bulan apa? Bulan sabit? Bulan merdeka? Ohh tidak sama sekali. Eh aku bukan maksudkan bulan syawal ya. Haha...ini dia! Aku sebenarnya tak sabar untuk serang panggung! Aku percaya ramai di luar sana juga tertunggu filem box office yang dilakonkan pelakon-pelakon muda ni. Kalau dari tarikh aku publish entri ini lagi 3 hari la jawabnya. Baik. Mari saksikan trailer!

14 July 2011

Stick.Note: Filem terakhir ini akan menjadi fenomena! Peh!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday 2 July 2011

Review Komik Misi 10A!

Anda kini sedang berada di zon komik. Baik. Berminat untuk tahu? Kali ini aku mahu memberi ajaran baru untuk para pelajar sekalian. Ya ilmu ini bukan setakat berguna kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar Master yang mahu ambil Phd pun boleh. Sebabnya...idea dalam buku ini sangat hebat! Apa dia yang hebat tu? Nak tahu teruskan membaca. 
Cover tahap 10 bintang! Sangat kagum T_T

Jeng! Jeng! Inilah dia tetamu jemputan pada minggu ini!!! Sila beri tepukan gemuruh kepada tetamu kita iaitu Tuan Misi 10A! Beliau adalah professor dari Pusat Pengajian Universiti PTS POP! Terima kasih kepada Tuan Nazry dan Tuan Afiq yang telah bersusah payah mendidik Misi 8A sehingga menjadi sehebat Misi 10A. Untuk pengetahuan sekalian semua, beliau yang dulu sangat terkenal dikalangan pelajar-pelajar seluruh Malaysia. Malah juga dikenali ramai oleh pakar-pakar motivasi dan para bijaksana di luar sana. Kini beliau adalah fenomena! Huhu! Anda faham apa itu fenomena? Fenomena ni kira macam satu hasilan yang membuka revolusi barulah. Yang mana dialah yang satu dan pemula kepada pembaharuan yang akan datang.

Contoh untuk kau senang faham begini. Kalau dalam filem box office seperti cerita Harry Potter lah. la cerita yang unik. Tiada penerbit pernah mereka cerita yang lebih kurang sama dengan dia. Greatest idea orang kata. Kalau laman sesawang seperti facebook lah. Dialah pemula kepada laman yang mengabungkan chat, profile page, fanpage, group, game dan membolehkan kita berinteraksi dengan seseorang dengan sangat pantas lagi laju. Baiklah. Sila tampar aku laju-laju sekarang sebab aku tahu kau mesti fikir aku ingat kau b***h sampai tak tahu apa itu fenomena. Dushhh!!! 

Jadi apa kata kau semua yang pernah baca komik motivasi ini? Aku percaya mesti semua akan cakap menarik. Siapa yang cakap tak menarik sila buka mulut sekarang kerana aku ingin menyusun 18 selipar Asadi yang besar gedabak itu di dalam usus kau! Oh sila sertakan sekali wang ringgit untuk aku beli selipar-selipar itu semua kerana aku tak mahu menghabiskan wang aku untuk kenyangkan kau. <tiba-tiba je emo>

Jadi untuk review komik. This is the best education comics in Malaysia. I think. Sebab sebelum ni komik motivasi memang hampeh. Nak baca pun tak selera. Kalau Misi 10A ni lain. Aku suka komik ni. Mahu-mahu idea yang si Aizad rancangkan untuk membantu sahabat karibnya Zahid dalam memantapkan lagi pembelajaran. Nak tahu apa idea si Aizad tu silalah beli dan baca sendiri. Karang aku cerita, tak sedaplahkan masa kau baca nanti. Betul? Aku dah susun dah di rak komik aku. Kau tahu apa maknanya. Ini bermakna komik ini berbaloi untuk dijadikan koleksi. Bukan komik murahan yang diletakkan bersepah dibelakang almari television. Berbaloi pun beli. Murah serendah RM8.90 untuk komik jenis full colour


Stick.Note: Bintang? ^_^ Aku bagi  ✦ ✦ ✦ ✦ ✧ 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home