Saturday 15 September 2012

Hitam Putih Memori Seni


Assalamualaikum. Salam 1 Artisan.

Untuk entri kali ini, aku akan menceritakan pengalaman peribadi sepanjang aku berlari menggapai impian aku sebagai pelukis. Mungkin ia tidak semahal nyawa, tetapi memori inilah yang aku simpan sebagai kunci semangat untuk aku terus tepis segala tembok penghalang. Jika kau rasa akan muntah, tidak berminat, kau boleh padam tab ini sekarang. Sekian. Kepada yang masih duduk bersungguh untuk terus membaca, semoga memori yang aku siram ini memberi 1001 pedoman.

Aku bukan manusia bertuah. Aku bukanlah anak bertuah. Aku tiada bakat istimewa. Aku seorang penakut yang tiada apa-apa. Aku pernah dipulau, dibuli, dimaki. Tetapi sejak aku berpindah dikampung, aku menemui 1 sahabat yang hebat! Aku tidak menyangka ia sudi berkawan dengan aku. Komik. Ya, ia hanya sebuah buku biasa. Namun pemikiran aku tersentak dan merubah segala matlamat hidup aku. Dan di sini, aku berbaring. Memandang kipas yang berputar, memutarkan balik memori sebelum aku berjaya menyusun ayat-ayat ini. 

Dibawah ini adalah memori yang aku pungut semula. Aku susunkannya dalam bentuk point. Semoga memudahkan kau untuk membaca.


  • Aku dilahirkan di dalam keluarga harmoni. Namun, zaman sekolah rendah aku tidak seharmoni di rumah.
  • Semasa Darjah 5. Keluarga aku berpindah ke kampung. Maka, kawan aku juga seperti di reset menjadi kosong semula. 
  • Aku menemui beberapa rakan baru. Mereka baik, tapi bukanlah kawan yang setia.
  • Pada suatu hari. Aku menonton sebuah animasi di TV2 yang betajuk Dragon Ball.
  • Disebabkan tidak sabar untuk tahu cerita seterusnya, aku mula mengumpul komik Dragon Ball. Dari sini jugalah, minat untuk melukis komik aku bermula.
  • 1 benda yang perlu diketahui, bapa aku tidak suka, tidak benarkan dan tidak akan membelikan sebarang benda yang dia anggap membazir. Komik adalah salah satunya. 
  • Masakan komik yang murah itu, kau boleh fikir sendiri sama ada aku mampu ada PS1, Gameboy, atau sebarang mainan lain pada zaman tersebut. Kumpul sticker pun kena rotan.
  • Jadi aku pun sorok semua komik Dragon Ball aku dibawah tilam.
  • Setiap hari, hidup aku tidak tenang.
  • Namun, langit tidak semestinya sentiasa cerah. Tindakan ini dikesan oleh ibu aku. Rahsia aku pecah tembelang.
  • Ibu aku memujuk supaya aku membakar semua koleksi komik aku tadi. Ada 18 jilid semuanya.
  • Aku masih ingat kata-kata amaran ibu: "Kau pergi bakar cepat komik tu semua! Kalau ayah dapat tahu, MATI kau!" 
  • Bagi kanak-kanak berumur 11tahun. Apa yang kau expect aku buat?
  • Aku pernah diteranjang kerana melukis sekejap semasa mengulang kaji pelajaran.
  • Aku pernah dirotan berkali-kali sehingga lebam kerana tidak mahu belajar.
  • Kau tahu kenapa aku tidak mahu belajar? Lepas balik sekolah, aku kena belajar. Waktu malam aku kena belajar. Aku tidak dibenarkan menonton tv. Aku tak dibenarkan beriadah. Aku tidak boleh tidak buat apa-apa (releks).
  • Game? What the hell is that?
  • Aku kena tidur pukul 10 malam.
  • So, in the end. Aku terpaksa bakar komik itu semua.
  • Jilid seterusnya bila aku beli, aku jualkan semula pada kawan aku.
  • Aku tidak boleh simpankan dirumah.
  • Selepas tamat UPSR. Aku melangkah ke Tingkatan 1.
  • Aku tinggal di asrama. 
  • Disini, aku boleh melukis dengan bebas. 
  • Perasaan aku masa itu seperti baru dihidupkan semula.
  • Setiap hari aku berlatih melukis. 
  • Namun, masa itu tidak lama. Aku terpaksa kembali tinggal di rumah sewaktu aku form 2 atas sebab-sebab tertentu. Bermulalah hari-hari aku melukis secara sorok-sorok semula.
  • Sehinggalah form 3. Lukisan aku sudah boleh dianggap ok-ok. Amaturlah kiranya. Ramai kawan-kawan yang menyokong bakat aku. Ada dua tiga orang cikgu jugalah yang akui dan menggalakkan aku meneruskan dalam bidang komik.
  • Aku juga pernah menghantar artwork 10x10 di ruang OK ke KO untuk komik Gempak. Aku dapat C+. 
  • Aku gembira, seakan mendapat galakkan dari pihak luar. Aku cuba menghantar 6 artwork sekali gus pula.
  • Kali ini hanya 2 artwork tersiar. Satu B-. Satu A.
  • Aku berjaya mendapat A kau tahu! Dan yang paling best, isu tersebut aku mendapat "Best of The Best!" - Isu 137
  • Aku tunjukkan pada ibu aku. Dia tersenyum. Aku memberanikan diri tunjuk pada ayah aku. Dia hanya setakat melihat. Dia hanya bertanya, bagaimana aku pandai POS ke syarikat tersebut? Apakah? 
  • Bakat aku, dia hanya pandang sebelah mata.  
  • Berita ini dihebohkan oleh ibu aku kepada kakak saudara, makcik dan pakcik. 
  • Aku segan. Tetapi hati kecil aku sedikit berharap mereka memberi semangat pada aku untuk melukis komik.
  • Mereka semua menyokong. Tetapi bukan menyokong aku melukis komik. Mereka menyuruh aku melukis potret ditepi jalan.
  • Komik? Terus dipandang rendah. Lebih rendah dari lukisan lain. Seperti komik adalah hasil lukisan yang paling rendah dan jijik.
  • Memikirkan ibu aku sahaja yang menyokong. Aku sedih.
  • Sejak dari itu. Aku menyusun matlamat baru. Aku mula serius menghasilkan komik 6 muka untuk Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia.
  • Aku mahu mendapat tempat pertama! Aku mahu mengoyak persepsi mereka. Aku ingin bukakan mata mereka yang bahawa komik adalah sesuatu yang boleh dipandang tinggi.
  • Aku pernah menghantar 3x!
  • Namun hanya pada tahun 2007, baru aku berjaya mendapat tempat kedua. Disebabkan ia bertaraf Kebangsaan. Aku berjaya mengejutkan mereka semua. 
  • Bapa aku juga sudah tidak melarang aku mengumpul komik lagi. Dengan syarat, aku beli dengan duit sendiri. Sampai sekarang, dia masih tidak akan belikan. 
  • Semasa apply universiti. Aku menunjukkan sijil-sijil aku yang terkumpul kepada ayah. Begitu banyak sijil berkaitan seni aku.
  • Entah macam mana. Dia membenarkan aku membuat pilihan sendiri untuk pilih bidang yang aku suka ceburi. Lantas aku menyebut Multimedia. Dia setuju.
  • Namun aku tidak berjaya dalam permohonan. Aku hanya ditawarkan bidang Kejuruteraan Komputer.
  • Setelah bertahun-tahun belajar. Kini aku berpeluang menyatakan hasrat aku untuk menghasilkan komik.
  • Ibubapa aku hanya mampu setuju memandangkan aku sudah dewasa. Tetapi hampir setiap bulan juga mereka menyuruh aku mencari kerja tetap. Sehingga kini, mereka masih tidak menganggap komik adalah pekerjaan yang baik. 
  • Ibu aku menyokong. Cuma dia harap aku hanya buat secara sambilan.


Begitulah perjalanan hidup aku. Aku sangat bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Menjadi pelukis dan freelance designer. Aku bekerja dengan membuat perkara yang aku suka. Malah aku berjaya memiliki sahabat yang paling akrab dan setia. Terima kasih. Komik!

Stick.Note:  Beruntunglah mereka yang dilahirkan oleh ibubapa yang memahami. Sungguh aku iri hati :)

8 comments:

Husna Adnan said...

Tabahlah, Selo... dugaan hidup itu yang mematangkan kita. Biar diuji semasa muda, dapat dijadikan bekalan meniti usia tua gitu. All the best!

Anonymous said...

All the best untuk kak husna jugak! Hmm ^^b

Artzam said...

Aku juga mempunyai pengalaman yang lebih kurang macam kau, sampai sekarang terkesan kata-kata itu..Disebabkan itu jugaklah aku berkomik dalam usia yang agak lewat,banyak benda yang nak buat..tapi...

Yup..untunglah mereka yang mempunyai ibu bapa yang memahami..bertabahlah~

Anonymous said...

Tiba masanya untuk kita sebagai generasi dewasa yang akan robohkan fahaman dunia yang telah lama bertegak kukuh berdiri tersebut.

Semoga lenyap fahaman itu dari minda ibubapa dan masyarakat suatu hari nanti.

nazrul ali said...

sedihnya selo..

moga komika sukses nanti!

Anonymous said...

Terima kasih Nazha! :)

Nurul Izzah said...

Berusahala Muhammad AL Attas AL Azad..aka Selo Mio..

Pasti dlm dunia yang bulat ni akan ade yang selalu menyokong anda, lagi-lagi ALLAH, kalau diperjuangkan ke jalan-NYA....:)

May ALLAH bless you and your path towards your dream.

"Innallaha ma'anaa"

Anonymous said...

Aminnnnn ^_^

Previous Next Home