Wednesday 24 October 2012

Pengisian dan Nilai


Buku adalah suatu objek yang terdiri daripada beberapa helaian kertas dan disatukan sehingga menjadi sebuah lampiran. Ia boleh didapati dimana-mana dan dijual dengan harga yang berbeza. Harganya pula bergantung kepada faktor material kertas, cover, kos ultiliti, dan yang paling penting info yang terdapat di dalamnya. Namun, buku yang mahal tidak semestinya dijaga dengan elok. Buku yang murah tidak semestinya disepahkan. Sesebuah buku akan dijaga manusia bergantung kepada pengisiannya. Hipotesisnya, semakin berkait pengisian sesebuah buku dengan diri pembaca, semakin dijaga sesebuah buku tersebut.

Sebagai contoh. Pernah sekali aku melihat sebuah novel berharga RM20 lebih, disepah-sepahkan di dalam bakul usang. Ianya terkoyak dan ada muka suratnya yang hilang. Ada pun juga aku melihat buku nota 555 yang dijaga rapi. Malah disimpan dengan sangat baik. Al-Qur'an juga boleh dikategorikan sebagai bahan yang murah, tetapi ia disanjung tinggi sehingga menjadi yang paling ternilai di dalam agama Islam. Namun begitu, tidak disangkal memang tidak wujud suatu buku yang sempurna yang boleh disanjung oleh setiap manusia. Pasti ada yang sang penyuka dan pembenci. Ini fakta.

Sekian kata pengantar. 



Di Malaysia...

Komik adalah suatu bahan yang telah dicopkan sebagai bahan humor. Bagi golongan dewasa, mereka lebih percayakan television untuk mendapatkan sumber humor. Mereka percaya cara ini lebih matang. Jadi tidak peliklah jika komik hanya dibeli oleh golongan muda sahaja. Mana tidaknya, television di rumah selalunya dikawal oleh golongan dewasa. Maka golongan muda dan kecil ini seperti dipinggir dan terpaksa mencari bahan lain untuk menghiburkan diri. Contohnya seperti komik. Ianya mampu dibeli oleh golongan muda. Dan fakta ini semakin releven memandangkan orang dewasa yang hampir ke peringkat tua akan mengalami daya penglihatan yang kurang baik. Maka membaca adalah aktiviti yang menyusahkan.

Tapi percaya atau tidak, golongan tua ini sanggup bersusah membaca akhbar setiap hari. Eh? Mereka boleh membaca rupanya! Hahaha! Nampak? Mereka sebenarnya memilih bahan bacaan. Mereka masih mahu membaca buku resepi, akhbar, buku agama, surat dan sebagainya. Golongan ini aku lebelkan sebagai golongan 'matang'. Umumnya fahaman ini akan muncul di dalam diri seseorang bermula umur 19 tahun dan keatas. Saat ini mereka percaya mereka sudah dewasa, maka perlu tinggalkan sifat kebudak-budakkan.

Perkara ini terbukti apabila aku sendiri melihat saudara dan sahabat aku menukar komik kepada novel sebagai bahan bacaan. Emak aku juga baca novel sehingga sekarang. Novel dilebel terus sebagai kematangan. Kenapa? Sebab ia tiada lukisan? Kisah novelnya sama sahaja seperti kisah pembunuhan, aksi, misteri, cinta dan lain-lain. Silapnya adalah kepada persepsi mereka. Mereka TIDAK TAHU yang komik juga ada dibuat terbahagi kepada umur tertentu. Contohnya manga Death Note. Suruhlah kanak-kanak berumur 6-14 tahun baca. Memang mereka tidak faham punya. Malah tidak minat! Tetapi bagi umur 15-30. Manga ini sangat hebat! Begitu juga dengan manga Naruto. Umumnya manga ini dapat diterima oleh kanak-kanak dan dewasa. Tetapi ada berlaku perbezaan fahaman yang terserap. Golongan umur 6-19 umumnya hanya akan menyukai aksi, teknik ninja dan ceritanya yang menarik. Tetapi bagi sesetengah umur 20 dan keatas, mereka lebih mengambil kira nilai-nilai, pengajaran, dan penyelesaian yang boleh dikaitkan dengan peperangan yang berlaku di dunia nyata sekarang. Aku boleh labelkan Yahudi itu sebagai Akatsuki dan kampung-kampung dari unsur berbeza itu adalah umat-umat lain yang berada di dunia. Misi mereka sama, menunggu Isa turun dan mengyahudikan penduduk bumi. Akatsuki pula menunggu teknik Infinite Tsukuyomi diaktifkan, teknik yang mampu mengawal semua manusia di dunia.

Lihat, karya yang dikatakan tidak matang itu menyentuh isu dunia. Anda sendiri boleh fikirkan adakah komik setaraf novel dan filem atau tidak? Oh ya. Jangan terlupa. The Avengers, Batman, Spiderman, Ironman yang golongan matang ini berebut tiket di pawagam sebenarnya datang dari komik juga. Nampak di situ ketidak masuk akalan fahaman persepsi mereka.

Ada pun, ada alasan mereka menyatakan novel lebih releven dan lebih menusuk ke dalam hati pembaca. Membuat seseorang pembaca gembira dan marah menggunakan media penulisan dan komik adalah sesuatu yang mudah. Membuat pembaca menangis menggunakan media penulisan juga sesuatu yang boleh dikira tiada masalah. Tetapi tidak bagi komik. Jika kita menangis kerana komik, kita akan diejek setaraf ejekkan menangis menonton filem Hindustan. Double standard di situ. Jadi, hanya karya yang cantik disusuli cerita yang cantik mampu membuat pembaca menitiskan air mata tanpa dikutuk. Aku tahu ia memang susah tetapi ada manga yang sudah berjaya lakukan.

Maka, apa yang aku boleh katakan. Tahap tertinggi subuah komik adalah yang mampu membuat pembaca terkesan, kagum, menangis dan dalam masa yang sama memberikan pengajaran yang besar. Kepada penggiat komik. Sasarkanlah kepada golongan dewasa juga. Jika komik yang dibuat disasarkan kepada kanak-kanak sahaja, bila lagi golongan dewasa berminat untuk membeli, bukan?



Stick.Note: Buatlah sesuatu yang besar dan bermakna. Insyaallah. Anda akan merasa suatu perasaan yang berbeza apabila usaha anda itu berjaya.


(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Friday 5 October 2012

Muslim Artwork!

Semakin aku berfacebook di internet, semakin kerap aku singgah di Google. Disinilah bermulanya bila aku mula tersesat kesana-sini hingga termasuk youtube, blog, manga page, hotmail, dan wikipedia. Aku tertarik dengan satu image ini. Sampai aku rasa inilah artwork yang paling cantik aku lihat dalam tahun ini. No.1!!! :)

Sumber: Pakcik Wiki

Stick.Note: Kalaulah semua ni bersatu...

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Tuesday 2 October 2012

Review Misi 10A Plus

Jeng! Jeng! Jeng! Maka tibalah giliran komik Best Seller ini untuk direview oleh aku. Lengkap sudah koleksi buku Misi setakat ni. Lepas ni tunggu buku terakhir iaitu MISI 10A Finale pula. FYI, aku mengambil masa yang agak lama untuk mencari benda alah ni. Kebanyakkan kedai buku tidak mendapatkan stok komik ni untuk bookstore mereka. Yang ni pun aku dapat las kopek. Tinggal satu je beb! Aku sebat la apa lagi...XD
Karya: Afiq & Nazry
Secara nyatanya aku boleh katakan komik kali ni agak lari dari tajuk. Tajuknya terpampang Misi 10A Plus, tetapi agak kurang cerita yang boleh dikaitkan dengan tajuk kerana kali ini mereka lebih menceritakan berkenaan kelab dan pertandingan. Ahaha...XD

Walau apa pun, sesiapa yang ingin berjaya dengan ber'gaya' dalam SPM, kau boleh menyuntik semangat menggunakan komik ini. Kau tidak semestinya perlu kumpul A sahaja. Sijil dan aktiviti kokurikulum kau juga kena cargas! Ini untuk memastikan majikan kau pada masa akan datang menganggap kau seorang yang aktif. Keseluruhannya, komik ini menarik!

Berkenaan syariah, lulus. Flow panel dan belon dialog, teratur. Lukisan kemas. Kaver, agak kureng bagi aku. Jalan cerita, okey. Cuma ada beberapa scene lawak yang tidak menjadi. Dan ada yang beberapa itu tidak perlu ada pun lagi okey. Berkenaan perspektif camera view, aku rasa agak plain. Sebagusnya untuk scene yang dramatik, camera work perlu dimainkan dengan lebih hyper. Seperti scene kemenangan, persona gadis, kekalahan, kesedihan, kegagahan musuh, dll. Salah satunya waktu scene pertandingan akhir silat. Walaupun serangannya dikatakan kuat, tapi aku tak dapat rasa 'aura'nya tertusuk hingga ke tulang mata aku pun. :p

Ok itu sahaja. Semoga siri Misi terakhir lebih epic! Berusahalahhh!


Stick.Note:  ^__^ Aku bagi  ✦    ✦   ✧     

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday 1 October 2012

Review Komik Aku, Kau & Ibu

Satu lagi produk Antologi dari Komik-M yang berjaya dibukukan. Kali ini ia berkisarkan genre kasih sayang seorang ibu. First time aku terdengar projek komik ini, aku pun blur nak lukis cerita apa. Jadi, aku tabik kepada mereka-mereka yang berjaya menghasilkan komik untuk siri antologi ini. Terbaik!
Karya : Artis-Artis Komik-M
Setiap kali aku memberi komen, aku akan berdiri sebagai pembaca. Bukan sebagai peminat itu dan ini. Jika ia perkara baik, aku akan memuji. Jika tidak, maka sebaliknya. Aku bukan jenis 'kipas' raja. Adakalanya suatu saat, aku akan ber'suara'.

Baiklah. Berkenaan komik. Antara cerita yang aku suka adalah karya dari Bophairy dan Muhammad Abdullah. Cerita mereka bersahaja dan ada pengisian. Setiap komik ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Maka aku boleh selaraskan rasanya semua cerita ok.

Berkenaan kaver pula, aku suka. Warna dan perspektif ceria. Sekali pandang karakter lelaki berbaju biru itu seperti lelaki miang. Tapi ketahuilah. Kebenarannya ada di kaver belakang haha! Lelaki itu sedang curi ambil kuih sebenarnya. Di dalam buku ini juga ada diselitkan disebalik tabir pembikinan kaver. Secara jujurnya, aku lebih senang dengan lakaran Tuan Jimi. Namun, Ben mempunyai tabiat melukis tudung singkat dan baju yang tidak longgar. Mungkin beliau tidak tahu hukum, dan rujukannya mungkin hanya perempuan melayu. Jadi aku boleh terima. Yang aku pelik kaver ini diluluskan, sedangkan ramai muslim beriman yang menguruskan komik ini. Hampir semua komik didalamnya juga membuat masalah yang sama. Aku terkilan dan berfikir sejenak. Apakah jenis dan skop syariah yang mereka juangkan? Selepas beberapa ketika, lalu aku menunduk faham. Ia bukan syariaI islam, tetapi syariah 'melayu'. No offense but it's true.

Teguran ini bertujuan untuk melaraskan setiap ciri-ciri. Maka tidak akan berlaku berat sebelah seperti contoh fahaman Ana Muslim bagus dan Gempakstarz tidak bagus. Mana-mana yang merempuh hukum, aku tetap akan highlight. Sepatutnya setiap muslim pun sudah tahu, segala scene yang ingin digambarkan di dalam sesuatu scene filem/drama/komik wajiblah diauratkan dengan sempurna. Tiada alasan seperti untuk menjiwai watak di dalam rumah dan keadaan bagai yang boleh dijawab di padang mahsyar kelak.

Cukuplah sekadar bayangkan 'Dia' memberi 1001 alasan untuk menghalang anda ke syurga. Itu sahaja.

Stick.Note:  Rate? Aku bagi  ✦    ✧   ✧    

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home