Wednesday 20 April 2011

Tiada Noktah!

Yes! Akhirnya siap background untuk belog ni. Seharian memikirkan idea, seharian menekan mouse, dan inilah hasilnya. Walaupun agak ringkas. Tapi aku puas! Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan aku di facebook pasti kenal lukisan-lukisan yang aku selitkan di situ dan disini. Tahu kenapa aku selitkan mereka semua? Sebab merekalah yang mengingatkan aku kepada zaman dimana perasaan aku untuk menghasilkan lukisan dengan penuh bersemangat!

Jadi, selepas ini apabila setiap kali aku log in belog. Aku berharap mata aku yang melihat belog ini akan memberi tindakbalas pada jiwa aku untuk merangsang otak kiri dan kanan berusaha menghasilkan karya dari masa ke semasa. Hambek kau! Sains pun aku tokok sekali haha! Tamat adegan ini dan itu. Selepas ini aku kena hasilkan header yang hebat pula. Siapa ada idea? Hehe...sudah. Aku tahu kau pasti tak mahu kongsi. Siapalah akukan! Baik kau guna idea gempak itu untuk header belog kaukan! Betul tak aku cakap? Hah! Terasa kau. Ngeh!

Esok aku sudah mula kerja. Cuti 2 hari ini macam 2 jam sahaja. Apa pun aku sentiasa ingatkan pada diri aku untuk bayangkan hari cuti yang seterusnya. Barulah otakku ni kembali bersemangat. Disini aku mahu selitkan sekali trailer untuk movie yang tidak sabar-sabar untuk aku layan. 



Fast Five 

5 MEI 2011


Stick.Note: Hari ini genap 7 bulan! Huhu~ =D

No comments:

Previous Home