Friday 27 May 2011

Selera Baru!

Hai! Nice to meet you! Kau wangi? Kalau busuk sila jauh-jauh~aha! Sekian untuk pembuka selera. Hah sudah. Biar aku berterus benderang. Ini bukan entry fasal makanan yang enak beraroma melazatkan ya. Tak ada kaitan pun dengan gambar di atas. Jangan keciwa.

Sebenarnya aku telah terjumpa sesuatu yang hebat dimata aku! Beberapa hari yang lepas, aku telah terjumpa sehelai gambar di laman sosial facebook. Aku pun terkebil-kebil. Macam menarik aje item dalam gambar tu. Dan gambar itu pula di tag kepada rakan aku yang menjadi rakan kepadanya. Aku tak kenal rakan si rakan aku ni tapi aku pun sebagai rakan kepada rakan aku teringin mahu menyinggah page rakan kepada rakan aku tadi. Haha berbelit-belut otak kau! Ok ambil masa kau untuk faham kata-kata aku tadi. Haha jangan sampai salah faham sudah. 

Ok sambung cerita. Lepas itu kau tahu apa aku jumpa? Pakaian beb! Pakaian...baik punya design! Memang terkena terus dengan selera aku yang berjiwa muda ni haha! So apa lagi. Takkan tengok satu gambar aje. Aku pun dok korek-korek, lompat-lompat dari satu gambar ke dua tiga empat lapan gambar yang lain. Ohh sangat mengujakan! Terganggu senget iman aku untuk menyumbang wang kepada si tuan punya page. Aku macam berminat dengan beberapa pasang. Tapi setelah ditokok tolak melangit jauh-jauh, maka tinggallah dua pasang yang berjaya terpaut di hati manja aku ni. Dalam hati aku cakap, nanti bila gaji keluar aku nak beli. Itu pun kalau gaji aku tinggilah bulan ni. Ek? 

So untuk menghargai masa yang mencurah di atas kepala lutut aku ni, aku pun usha tuan punya page. Untuk mendapatkan kepastian berkaitan baju dan proses pembelian. Tada! Simple! Mudah membeli belah secara online ni. Dulu aku pernah beli sekali. Gelang untuk kekasih aku. Kini giliran aku pula untuk merasa enaknya membeli-beli di dalam dunia maya. 

Ok itu sahaja. Nak tengok apa yang aku berminat sangat sampai buat post dalam belog ni? ha tunggu barang tu aku dapat ya. Nanti kau tengok la puas-puas sampai termuntah! Kau nak copy paste buat desktop background pun takpa. Adiyous!




Stick.Note: Aku gaji esok. Doakan angka yang menarik...ek? da macam no ekor =p



No comments:

Previous Next Home