Monday 13 June 2011

Akal Dan Nafsu?

Tadi aku terfikir. Lalu terlintas di fikiran. Apa yang aku buat dalam hidup ni? Apa yang ada pada aku sehingga sekarang? Setelah beberapa minit aku berfikir tanpa kesudahan, jawapan yang tak muncul, maka aku berkeputusan untuk kaitkan dengan teori spesies adam. Iaitu teori 9 Akal 1 Nafsu

Jadi dengan cara ini aku dapat tahu apa yang aku ada selama ni. Secara langsung sahaja aku boleh merancang kehidupan aku. Mudah. Seterusnya bergantung bahu aku sama ada mampu atau tak. Jadi, aku pun mula senaraikan apa-apa yang aku rasa aku berkebolehan. Boleh???
AKAL

1. Teknik Melukis

Mengikut peratusan dalam otak aku, aku lebih berfikir berkaitan lukisan. Macam-macamlah. Tak kira apalah. Asalkan tengah duduk diam atau pun bekerja. Aku mesti terfikir apa yang boleh aku lukis untuk artwork terbaru.

2. Mencari Ilmu

 Dalam pemahaman hidup aku, aku tahu ilmu itu penting. Lagi banyak cabang pengetahuan, lagi baik untuk masa depan. Caranya juga pelbagai. Zaman sekarang tiada guru pun boleh belajar. Asalkan ada bahan rujukan sudah cukup. Tapi masalahnya pada aku, aku tak suka belajar benda yang aku tak minat haha!

3. Berimaginasi

 Untuk mengisi masa lapang semasa termenung melihat dunia yang tak pernah nak berhenti. Membina imaginasi amat menyeronokkan. Yalah, kita tak boleh nak harap sesuatu berlaku mengikut kemahuan. Jadi apa yang aku mampu adalah bayangkan sahajalah. Ini bagus juga. Sedikit-sedikit dapat membantu idea untuk mencipta artwork terbaru!

4. Kepakaran Khusus

 Akal aku jugak banyak tertumpu pada teknologi. Aku maksudkan kepakaran. Banyak jugalah benda berkaitan dengan teknologi dalam kepala otak aku ni. Contohnya membaik pulih komputer, gadjet terbaru, internet dan games.

5. Seks

 Ini benda aku percaya semua pun akan berusaha untuk belajar. Bukan apa. Siapa yang dalam dunia ni yang tak mahu puaskan diri dan pasangan masing-masing. Erk kalau ada...aku tak boleh nak cakap apalah. Tak rugi belajar pun. Malu bukan lagi alasan pada zaman sekarang. Yang penting pandai membawa diri.

6. Membeli Belah

Ada ke orang yang tak berfikir sebelum membeli barang? Oh tak ada ok. Orang kaya pun akan lihat benda itu cantik atau tak. Kalau tak siapa mahu beli. Orang miskin pun akan berfikir sama ada benda itu berguna dan murah. Jadi membeli juga ada teknik. Oh ya untuk pengetahuan korang, aku akan tawaf dua tiga pusat membeli belah bila mahu beli pakaian. Sebab aku ni cerewet bab harga dan rekaan. Di sini aku akan gunakan akal untuk membuat pilihan terbaik.

7. Bola Keranjang

 Tipulah kalau seorang lelaki tak ada sukan kegemaran. Kalau ada memang dia tak ada life! Dah tua badan mesti cepat lemah. Bagi aku, aku suka bola keranjang! Kepakaran sukan ini tertumpu pada kebolehan seseorang untuk mengawal "rebond" dalam permainan.

8. Makan

 Aku memilih bab makanan. Akal aku akan memproses data untuk mengasingkan makanan yang boleh aku telan atau pun tidak. Ini memerlukan ingatan yang kuat haha! Nak-nak bee hoon goreng yang lagi banyak taugeh dari bee hoon! Macam #@%*) tukang masak tu!

9. Tidur

 Tidur guna akal ke?


NAFSU

1. Perempuan

 Nafsu lelaki tak ada yang lainnya. Mesti perempuan punya. Pondan aku tak tahulah. Hmm...terus terang aku pun sama je dengan lelaki lain...memang bernafsu jika bertembung dengan spesies ni. Tapi cara aku lain. Aku bukan jenis sebat. Aku memilih juga. Bukan bergantung nafsu semata. Kalau untuk tatapan, aku lihat rupa dirinya. Kalau untuk sahabat aku lihat keperibadiannya. Kalau untuk dijadikan isteri, aku lihat keperibadiaan dan rupa dirinya. Jadi aku bukanlah jenis rambang sampai tak siuman bila nampak spesies ni.



Stick.Note: Eh yang no 9 tu bukan aku yang tulis! =p

No comments:

Previous Next Home