Wednesday, 21 March 2012

RG Logo - 3D Upgrade


************************************************************** 

Percubaan pertama men '3D' kan logo.
Sila kutuk jika ini tak sehensem yang kau boleh buat.
Y____Y

**************************************************************

Karya kali ini adalah bertujuan untuk menggagahkan lagi dan lagi dan lagi karya asal. Untuk pengetahuan semua, ini adalah logo kumpulan REVGang. Mereka adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada pelukis-pelukis tempatan yang mana tidak pernah putus-putus untuk memperjuangkan arena seni. 

Masing-masing mempunyai kelebihan dan cabang kepakaran mereka yang tersendiri. Aku kagum dengan kesungguhan mereka. Semoga ini dapat merangsang semangat juang dikalangan mereka. Selamat berjuang rakan-rakan!



Stick.Note: Aku budak baru belajar, perlahan-lahan aku kejar.

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday, 18 February 2012

Sang Adiwira

Assalamualaikum! Selamat pagi! Salam sejahtera! 
Hari ini aku memuat naik sebuah fanart untuk sahabat pelukis. 
Moga karya ini mampu mendorong semangat pencipta komik ini dan pengkarya lain
untuk meneruskan perjuangan dalam legasi komik!

Fanart pertama aku untuk tahun 2012!
Tajuk Fanart: Adiwira Tuah Mode! 
Karya Asal: Ash Kun
Fanpage: Adiwira (Official)


Stick.Note: Bilalah ada fanart untuk karya aku pula T__T Haha!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Friday, 13 January 2012

Sijil Kemenangan!

Alama...sudah dimenangkan pula ini.
Dili teletiba telah menebeskan pulakan. Macalamane ni pulakan. 
Ermmmm...meminta sepuluh kesaatan yaa..
Mahu menelenangkan dili ini

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Huh! ^_________^
Baiklah! Pertama sekali aku mahu ucapkannnnnnnnn!!!!!!
Atas kesudian laku kau dengan meletakkan nama aku disebelah angka satu di dalam senarai pemenang cabaran mengulas karya-karya bertuah kau. Kewarasan aku hilang selama 5saat selepas membaca status ini tahu! 
Kesiankan aku. Pertandingan tak rasmi macam ni mana dapat sijil.
Emm status ni sahajalah yang menjadi g
anti. Sob...sob...T__T
Terima kasih sekali lagi! Aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain memberi ucapan itu dan menadah ikhlas sepuluh jejari gedik aku menerima baju merah komik-M habuan daripada kau. Aku rasa bertuah ada sahabat komik seperti kau. Aku harap aku juga dapat berdiri sama tinggi dengan kau. Suatu hari nanti! Insya'Allah!


Stick.Note: Siapa kira titik-titik 10saat tadi cukup ke tak...dia memang poyo hahahahaha! xD

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Tuesday, 10 January 2012

New Soul! Till 2AM!

Hari ini aku telah berjaya menyiapkan satu karya yang aku sudah tertangguh lama. Huhu!!! Mari raikan dengan daun sadri wahai Wonderpets! Eh O_o? Aku pun seakan tak percaya aku sudah siapkan! Peh! Tapi maaf. Aku tak boleh publish artwork itu. Ia hak pelanggan. Aku tak boleh sesuka hati menyebarkannya haha! Kalau nak tahu hint. Lihat Entri Wordless Wednesday #1 aku.

Semuanya kerana sebuah lagu. Aku baru layan satu drama korea sebenarnya. Dream High. Pernah layan? Aku pun belum habis khatam drama itu. Baru lalu episod 6. Ini salah satu lagu ost la kiranya. Rentak dia buat jiwa aku membuak semangat! Nampaknya kenalah lagu ini bekerja untuk aku untuk beberapa ketika! Kbai!



*********************** Download MP3 ***********************
2Am - Can't Say I Love You


Stick.Note: Jangan tanya aku apa mamat-mamat ni menyanyi. Aku dah cakap aku layan je...xD

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday, 31 December 2011

Review Kelab Da Vinci

Assalamualaikum! 
Selamat hari Sabtu! Selamat membaca novel Kelab Da Vinci!

Selamat juga diucapkan sempena tahun baru yang mana berbaki beberapa minit sahaja lagi sebelum tamatnya tahun 2011. Banyak yang berlaku pada tahun ini. Kenangan gula dan kopi. Semuanya menjadi inspirasi kepada kita sebagai bekalan untuk kita tempuh tahun seterusnya. Semoga dipermudahkan. Amin!

Ini adalah entri terakhir aku. Ya terakhir untuk tahun 2011 lah. Ok. Fine tak lawak..=_=||| Jadi aku harap ia sesuatu yang awesome. Bila sebut fasal ulasan aku tahu. Kau-kau semua mesti malas membaca punya. Mahu-mahu sudah malam. Adeh! Tapi aku dapat satu idea. Aku komikkannya! Harap warna yang aku curahkan dapat menggagahkan kau untuk terus membaca.


Ini adalah sebuah pertandingan membina ulasan. Jadi aku mahu buat sepenuh hati aku. Aku perlu ada ambisi untuk berjuang. Malah akan mendapat habuan jika berjaya. Memang tamak aku ni! Sila menyesal berkawan dengan aku sekarang! Yeahahaha!

Happy Reading Buddy!


Stick.Note: Sudah cukup bertuah aku jika tuan pencipta novel ini sedang tersenyum sekarang...^_____^




(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday, 5 November 2011

Aidiladha Artwork 4 All!

Jemput klik lukisan untuk paparan yang lebih jelas. 


Salam kau-kau-semua.

Hurm pertama sekali. 
Aku pun tak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Salam Aidiladha pada kau-kau-semua. Semoga kau-kau-semua kenyang makan daging di hujung minggu. 

Entri kali ini aku tak rancang nak cakap berjela. Nanti kau-kau-semua bosan. So aku cerita fasal art yang di atas ini sikit-sikit aje lah.

Kau-kau-semua rasa aku guna apa untuk lukis ni? 


Ya bagi yang dah tahu, aku memang dah beri tahu di facebook aku iaitu aku guna Pakcik Macromedia Flash 8 [MF8]. Penggunaan software ni bukanlah yang terbaik bagi aku. Tapi kira mudah jugak. Cuma style realistik hilang sikit la. Sebab kalau guna Moyang Adobe Photoshop [AP], warna lebih smooth. MF8 ni lebih kepada US cartoon style. Ala-ala warna flat macam sponge-bob.

Dah itu sahaja aku nak cakap... 


5 jam aku buat. 5 saat sahaja kau tatap. Haha...memeng berbaloi-baloi!


Stick.Note: Ahad tengah hari balik kampung! Hurrey! ^^

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday, 2 November 2011

Wordless Wednesday #1





Stick.Note: Haha mimpi apa aku buat WW ni. Tak pernah-pernah buat sebelum ni. Adeh... =_=

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Sunday, 30 October 2011

Thousand Sunny!

Selamat Hari ..................<<< (isi tempat kosong sendiri ikut citarasa korang...)
Pertama sekali. Sebelum kau teruskan membaca...seriyes aku cakap...kau jangan harap apa-apa fasal matahari warna biru kat atas ni. Sebab aku saja nak letak. Jadi aku tak tanggung ha kalau kau tiba-tiba merajuk manja gedik-gedik dekat aku sebab alasannya kena tipu dengan si Selo. Macam ni boleh?


Kepada yang terus membaca. Jangan buat-buat hal. Haha!


Perasan tak korang dengan gambar profile terbaru aku kat facebook? Ya...yang kepala Thousand Sunny tu. Haaa..aku dok fikir lama-lama benda tu dari semalam. Kau tahukan Thousand Sunny ni kapal si Monkey D. Luffy dalam One Piece. Kalau kau ikut manga atau anime dia, mesti kau dah tahu bertapa seronoknya kapal tu~

Kapal ini dilengkapi:

1. Dapur taraf hotel 5 bintang!
2. Taman berumput dilengkapi sebatang pokok berbuaian! 
3. Perpustakaan besar! 
4. Bilik tidur yang luas! 
5. Menara kapal yang luas!
6. Dilengkapi add onn kenderaan lain seberti mini submarine! 
7. Sistem kayak bermotor. Tidak perlu risau jika tiada angin bertiup ditengah laut!
8. Akuarium sebesar akuaria macam kat KLCC tu! (ok fine...aku tipu). 


Argrghhh!!! Tapi kapal tu memang best! Malah tenaga kapal ni hanya perlu guna angin dan air cola si Franky tu je. Tolong cakap ia sangat awesome kawan-kawannnnn!!!! Ok. Aku tahu kau tak rasa apa-apa pun dapat tahu ni semua. Ya lah. Kartun je kot. Manga. Lukisan sematakan....T___T 

Tapi cubalah kau bayangkan kalau kapal ini betul-betul wujud! Dibina khas dan mampu berfungsi. Bayangkan...bayangkan....bayangkannnnnn sesaat pun jadilah!!!!~ohhh....Ok kau dah boleh pukul aku sekarang! Sebab suka hati aku punya hati paksa kau fikir.


Eh kejap...jangan pukul dulu! Aku ada pengumuman. Kalau kau ada jumpa model aksi seperti kat bawah ini di mana-mana kedai otaku, model aksi, manga, even dalam rumah orang. Percayalah! Tolonglah percaya! Kau ambilkanlah dan bagi pada aku. Sebab ada orang dah curi dari aku. Kalau kau jumpa dua tiga kapal pun jumpalah. Bawa semuanya pada aku jugak. Mahal tauuuuuuuuuu aku beliiiiiiii...T___T  


Stick.Note: Masa kau nak pulangkan kat aku nanti hati-hati sikit. Jangan kau bawak abang po pula. Emm tiang kapal tu jaga baik-baik sekit. Patah karang kau siap! =p

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home