Saturday 29 October 2011

Top of The Rack

Minggu yang lepas. Aku telah mengisi masa lapang aku di Shah Alam. Tahu Jusco Bukit Raja Shah Alam? Ya di situ ada sebuah bookstore Popular. Aku tak ada motif pun masuk tempat ni. Tapi aku teringin juga nak masuk. Tau apa hobi baru aku masuk bookstore sekarang? Eh? Baca free? Eh aku bukan macam k.....err si pulan dan polan itu lah! Baca free je. Beli tak. Ehehe...tapi kadang-kadang baca juga haha...haaaa. Ya lah. Orang bookstore tu tak marah pun. 

Betul tak?

Sebenarnya inilah hobi terbaru aku setiap kali lalu pusat buku. Mencari kedudukan Komik-M  dari puak PTS POP! Har..harr memang tak ada kerja. Aku cari pun bukan sebab aku nak beli. Sebab aku memang dah beli pun. Aku cari atas tujuan lain iatu mahu periksa kedudukan komik itu diletak secara baik atau tidak.

Sebab sebelum ini nampak post dari rakan-rakan facebook. Komik-M ini dianak tirikan dan diletak di bahagian yang amat susah dilihat dengan mata manusia. Dibawah rak paling bawahlah. Di campur dengan komik-komik lainlah. Ditindih dengan buku lain-lainlah. Sungguh sadis aku melihat fenomena ini. 

Entahlah! Tuan kedai itu ingat kita nak main cari-harta-karun-kat-kedai-dia-ke-apa!!! Eh orang lain pun ada kerja lebih berfaedah ah! Erk emo kejap [[=p]] Baik aku dah habis cerita. 


Jadi mesti kau semua nak tahu apa nasib komik-M di Jusco Bukit Raja kan?   

TADAA!!
Top of The Rack bebeh!!! Erk ayat macam boleh jadi tajuk filem je. Kahkah!


Stick.Note: Walaupun mereka tidak order terlalu banyak di bookstore mereka. Tapi mereka meletakkan buku ini dengan baik. Terima kasih Tuan kedai! Yeah! Oh ya! Lupa nak beritahu. Ada berita baik untuk Komik-M. Anda telah pun berjaya menjajah meja kerja pekerja-pekerja di tempat aku bekerja. 

2 comments:

FEEQRY said...

Terbaik!

Anonymous said...

Ya betul!

Previous Next Home