Tuesday, 12 July 2011

Smash20 Fanart

Hari ni aku bersemangat. Tak tahu kenapa. Mungkin Tuan Foner bagi deadline 17 July 2011 sebagai tarikh tutup submit fanart kot. Oh ya, kepada yang masih tak tahu siapa, Foner sebenarnya adalah pelajar yang belajar sambil menjadi pekomik part time. Antara karya dia yang aku rasa sangat hebat adalah komik Smash20 dan Hyperman! So nak dijadikan cerita, aku apa lagi. Laju-laju la kepala aku ni fikir nak lukis apa. Sampai tertidur-tidur la aku cakap sebab tak dapat idea. Tapi apa pun tu semua usaha dan hasilnya aku berpuas hati jugalah. Walaupun agak tidak detail. Macam kerja orang malas dah haha! Harap Tuan Foner suka.

Stick.Note: Aku ambil masa berjam jugaklah nak siapkan artwork ni. Nama pun Selo. So slow-slow la aku buat. Maka sila terima seni perlahan aku yang sangat hebat seadanya. Bajet haha!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday, 11 July 2011

Penantian 8 Bulan!

Akhirnya tiba bulan yang ditunggu-tunggu! Kau agak bulan apa? Bulan sabit? Bulan merdeka? Ohh tidak sama sekali. Eh aku bukan maksudkan bulan syawal ya. Haha...ini dia! Aku sebenarnya tak sabar untuk serang panggung! Aku percaya ramai di luar sana juga tertunggu filem box office yang dilakonkan pelakon-pelakon muda ni. Kalau dari tarikh aku publish entri ini lagi 3 hari la jawabnya. Baik. Mari saksikan trailer!

14 July 2011

Stick.Note: Filem terakhir ini akan menjadi fenomena! Peh!

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Saturday, 2 July 2011

Review Komik Misi 10A!

Anda kini sedang berada di zon komik. Baik. Berminat untuk tahu? Kali ini aku mahu memberi ajaran baru untuk para pelajar sekalian. Ya ilmu ini bukan setakat berguna kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar Master yang mahu ambil Phd pun boleh. Sebabnya...idea dalam buku ini sangat hebat! Apa dia yang hebat tu? Nak tahu teruskan membaca. 
Cover tahap 10 bintang! Sangat kagum T_T

Jeng! Jeng! Inilah dia tetamu jemputan pada minggu ini!!! Sila beri tepukan gemuruh kepada tetamu kita iaitu Tuan Misi 10A! Beliau adalah professor dari Pusat Pengajian Universiti PTS POP! Terima kasih kepada Tuan Nazry dan Tuan Afiq yang telah bersusah payah mendidik Misi 8A sehingga menjadi sehebat Misi 10A. Untuk pengetahuan sekalian semua, beliau yang dulu sangat terkenal dikalangan pelajar-pelajar seluruh Malaysia. Malah juga dikenali ramai oleh pakar-pakar motivasi dan para bijaksana di luar sana. Kini beliau adalah fenomena! Huhu! Anda faham apa itu fenomena? Fenomena ni kira macam satu hasilan yang membuka revolusi barulah. Yang mana dialah yang satu dan pemula kepada pembaharuan yang akan datang.

Contoh untuk kau senang faham begini. Kalau dalam filem box office seperti cerita Harry Potter lah. la cerita yang unik. Tiada penerbit pernah mereka cerita yang lebih kurang sama dengan dia. Greatest idea orang kata. Kalau laman sesawang seperti facebook lah. Dialah pemula kepada laman yang mengabungkan chat, profile page, fanpage, group, game dan membolehkan kita berinteraksi dengan seseorang dengan sangat pantas lagi laju. Baiklah. Sila tampar aku laju-laju sekarang sebab aku tahu kau mesti fikir aku ingat kau b***h sampai tak tahu apa itu fenomena. Dushhh!!! 

Jadi apa kata kau semua yang pernah baca komik motivasi ini? Aku percaya mesti semua akan cakap menarik. Siapa yang cakap tak menarik sila buka mulut sekarang kerana aku ingin menyusun 18 selipar Asadi yang besar gedabak itu di dalam usus kau! Oh sila sertakan sekali wang ringgit untuk aku beli selipar-selipar itu semua kerana aku tak mahu menghabiskan wang aku untuk kenyangkan kau. <tiba-tiba je emo>

Jadi untuk review komik. This is the best education comics in Malaysia. I think. Sebab sebelum ni komik motivasi memang hampeh. Nak baca pun tak selera. Kalau Misi 10A ni lain. Aku suka komik ni. Mahu-mahu idea yang si Aizad rancangkan untuk membantu sahabat karibnya Zahid dalam memantapkan lagi pembelajaran. Nak tahu apa idea si Aizad tu silalah beli dan baca sendiri. Karang aku cerita, tak sedaplahkan masa kau baca nanti. Betul? Aku dah susun dah di rak komik aku. Kau tahu apa maknanya. Ini bermakna komik ini berbaloi untuk dijadikan koleksi. Bukan komik murahan yang diletakkan bersepah dibelakang almari television. Berbaloi pun beli. Murah serendah RM8.90 untuk komik jenis full colour


Stick.Note: Bintang? ^_^ Aku bagi  ✦ ✦ ✦ ✦ ✧ 

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Wednesday, 22 June 2011

Tutorial Rainbow Link


Kau pun nak buat benda ini jugak eh? Tamakkan kau! Semua kau nak buat. Taulah blog kau lagi lawa dari aku. Best la kau...T___T Tisk' Yela-yela aku aku ajar.

Cara-cara

Kau copy code ni dulu:



<script src=”http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js” type=”text/javascript”> 
/***********************************************
* Script edited by Ynn Ainul at http://fwzynn.blogspot.com/
* Please keep this notice intact
***********************************************/
</script>


Pergi Dashboard > Page Element > Add Gadget HTML/Javascript

Kau paste code tadi. Last sekali Save!


Stick.Note: Dah lawa? Haha...alolololooo~comelnya blog kau! 
Sumber: Liyana Lunia
(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Friday, 17 June 2011

Lencun!



Ahhh~! Basah laa~! Tengah-tengah pagi macam ni lah you nak basahkan i~! Seluar i~! Ahhhh! Apa yang basah? Basah dengan apa? Teeeetttttt! Eh jangan fikir bukan-bukan okey. Ini bukan kes mengalami mimpi indah yang memberi tindak balas terus-menerus ke otak dan merangsang nurani suci aku seterusnya menyebabkan ejakulasi ohhh!!! Itu tidak sopan sama sekali untuk diuar-uarkan kepada pihak awam. Ahaha. Ok fine. Aku baru balik kerja tadi. 

Kau tahu masa briefing sebelum balik kerja tadi apa jadi? Tahu? Wah! Sila tepuk tangan laju-laju kerana aku tahu kau memang jawab dengan tak betul! Harharhar! Okey sebenarnya bunyi guruh beb! Guruh! Kuat pulak tu. So tak kan aku nak bagi tahu lagi kot kenapa dok aku cerita pasal basah tadi. Haa pandai pun! Hujannnnn. Aku bukan apa. Boleh je tunggu hujan tu berhenti baru aku gerak. Tapi melihat awan yang tak berapa nak cantikkan, paling kurang pun dua jam lagilah aku kena layan moment indah ni. Kan? Melihat anak-anak manusia berlari sambil buat gaya tangan diatas kepala macam...erk! Melihat titisan-titisan syahdu jatuh dari atap dengan gedik. Peh! So...dengan mata yang mengatuk selepas mengharungi shift malam ni , mana boleh tahan beb. 

Lalu dalam hati aku ni terdetik...

Hati: Katil sudah tunggu di rumah... 

Hati: Dan aku pula sedang menjaja di parking motor? 

Hati: Apa sudah terjadi? 

Hati: Gua sudah rindu sama gua punya katil maa...


Okey. Senang cerita. Aku start motor dan blah. Tadaa! Tu yang dapat pakej mandi free tu hahaha! Hamek kau! Satu helai kain pun kat atas baju kau ni kering! Sejuk gigil gua cakap lu. Hoooyeeeaaahh!


Stick.Note: Nasib baik tak demam >_<

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Tuesday, 14 June 2011

Big-Bang Love Song

Tajuk diatas tu sebenarnya lagu aku layan minggu ini. Kalau kau ikut perkembangan k-pop, aku rasa kau pun tahu lagu ni dah muncul di youtube bulan 4 lepas. Tapi bulan 6 ni baru aku jumpa lagu ni. Lambat gila aku kan? 2 bulan beb! 2 bulan! 2 bulan beb! 2 bulannnnnn!!! Tetiba emo. Ok. Fine. So far...entah berapa kali aku dah rewind mp3 ni pun tak tahu la...adeh! Eh! kau jangan tanya kenapalah...



Kalau kau dah tak minat langsung dengan lagu ni, ko hiraukan je benda bawah ni..





Untuk muat turun sila taipkan BLS dan hantarkan ke 74117


Mesti kau tengah fikir yang aku tengah jual lagukan? Lepas tu kau mesti cakap "Eh tetiba lak!!!"
Lepas tu kalau lagi teruk "Eh aku boleh download free la DOW~!" Haha dah tak payah!
Daripada aku dengar maki hamun kau lagi baik kau 
klik je link bawah ni...ngeh!
.
.
.
.
.
.
.
.
Format:

MP3- Klik SINI
MV- Klik SINI




Stick.Note: Akhir bulan ni aku ada interview..:D

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Monday, 13 June 2011

Akal Dan Nafsu?

Tadi aku terfikir. Lalu terlintas di fikiran. Apa yang aku buat dalam hidup ni? Apa yang ada pada aku sehingga sekarang? Setelah beberapa minit aku berfikir tanpa kesudahan, jawapan yang tak muncul, maka aku berkeputusan untuk kaitkan dengan teori spesies adam. Iaitu teori 9 Akal 1 Nafsu

Jadi dengan cara ini aku dapat tahu apa yang aku ada selama ni. Secara langsung sahaja aku boleh merancang kehidupan aku. Mudah. Seterusnya bergantung bahu aku sama ada mampu atau tak. Jadi, aku pun mula senaraikan apa-apa yang aku rasa aku berkebolehan. Boleh???
AKAL

1. Teknik Melukis

Mengikut peratusan dalam otak aku, aku lebih berfikir berkaitan lukisan. Macam-macamlah. Tak kira apalah. Asalkan tengah duduk diam atau pun bekerja. Aku mesti terfikir apa yang boleh aku lukis untuk artwork terbaru.

2. Mencari Ilmu

 Dalam pemahaman hidup aku, aku tahu ilmu itu penting. Lagi banyak cabang pengetahuan, lagi baik untuk masa depan. Caranya juga pelbagai. Zaman sekarang tiada guru pun boleh belajar. Asalkan ada bahan rujukan sudah cukup. Tapi masalahnya pada aku, aku tak suka belajar benda yang aku tak minat haha!

3. Berimaginasi

 Untuk mengisi masa lapang semasa termenung melihat dunia yang tak pernah nak berhenti. Membina imaginasi amat menyeronokkan. Yalah, kita tak boleh nak harap sesuatu berlaku mengikut kemahuan. Jadi apa yang aku mampu adalah bayangkan sahajalah. Ini bagus juga. Sedikit-sedikit dapat membantu idea untuk mencipta artwork terbaru!

4. Kepakaran Khusus

 Akal aku jugak banyak tertumpu pada teknologi. Aku maksudkan kepakaran. Banyak jugalah benda berkaitan dengan teknologi dalam kepala otak aku ni. Contohnya membaik pulih komputer, gadjet terbaru, internet dan games.

5. Seks

 Ini benda aku percaya semua pun akan berusaha untuk belajar. Bukan apa. Siapa yang dalam dunia ni yang tak mahu puaskan diri dan pasangan masing-masing. Erk kalau ada...aku tak boleh nak cakap apalah. Tak rugi belajar pun. Malu bukan lagi alasan pada zaman sekarang. Yang penting pandai membawa diri.

6. Membeli Belah

Ada ke orang yang tak berfikir sebelum membeli barang? Oh tak ada ok. Orang kaya pun akan lihat benda itu cantik atau tak. Kalau tak siapa mahu beli. Orang miskin pun akan berfikir sama ada benda itu berguna dan murah. Jadi membeli juga ada teknik. Oh ya untuk pengetahuan korang, aku akan tawaf dua tiga pusat membeli belah bila mahu beli pakaian. Sebab aku ni cerewet bab harga dan rekaan. Di sini aku akan gunakan akal untuk membuat pilihan terbaik.

7. Bola Keranjang

 Tipulah kalau seorang lelaki tak ada sukan kegemaran. Kalau ada memang dia tak ada life! Dah tua badan mesti cepat lemah. Bagi aku, aku suka bola keranjang! Kepakaran sukan ini tertumpu pada kebolehan seseorang untuk mengawal "rebond" dalam permainan.

8. Makan

 Aku memilih bab makanan. Akal aku akan memproses data untuk mengasingkan makanan yang boleh aku telan atau pun tidak. Ini memerlukan ingatan yang kuat haha! Nak-nak bee hoon goreng yang lagi banyak taugeh dari bee hoon! Macam #@%*) tukang masak tu!

9. Tidur

 Tidur guna akal ke?


NAFSU

1. Perempuan

 Nafsu lelaki tak ada yang lainnya. Mesti perempuan punya. Pondan aku tak tahulah. Hmm...terus terang aku pun sama je dengan lelaki lain...memang bernafsu jika bertembung dengan spesies ni. Tapi cara aku lain. Aku bukan jenis sebat. Aku memilih juga. Bukan bergantung nafsu semata. Kalau untuk tatapan, aku lihat rupa dirinya. Kalau untuk sahabat aku lihat keperibadiannya. Kalau untuk dijadikan isteri, aku lihat keperibadiaan dan rupa dirinya. Jadi aku bukanlah jenis rambang sampai tak siuman bila nampak spesies ni.



Stick.Note: Eh yang no 9 tu bukan aku yang tulis! =p

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →

Sunday, 12 June 2011

Testing Skills!

Ohh akhirnya kini otak aku mendapat cahaya untuk membuat cacatan malam ni. Itulah...selalu sahaja tak ada kesempatan. Hari-hari penat bekerja. So blog pun pending lah. Nasib la hari ni off day ngeh! Ok. Hari ni aku akan upload artwork terbaru aku. Eh taklah terbaru sangat pun haha! Sebenarnya dah siap lama dah dari bulan lepas. Saja nak test power je. Dah lama tak manjakan tangan kurniaan Illahi ni. Cuma sekarang baru rasa nak kongsi dengan korang semua. Tadaa!! 

Mempersembahkan... 

Sebelum

Selepas
Mesti korang pelikkan sebab artwork ni punya susunan macam komik. Ha...haha memang gaya komik pun. tapi aku bukan buat komik. Style art je macam komik. Sebab tu aku tak letak dialog. Lagi pun aku hanya buat 1 muka. Tak mungkin jadi komikkan? Haha!


Stick.Note: Agak-agak korang yang hebatlah kononkan...ini kerekter dari cerita apa??? Hehe..

(⌐■_■) Teruskan Bacaan →
Previous Next Home